“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah pihak yang melabel platform media sosial berkenaan sebagai toksik.

Bagi Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dia sebaliknya sangat melayani pengalaman menggunakan medium digital itu kerana ia memberi peluang untuknya berinteraksi secara santai dengan peminat, selain dapat menonjolkan sisi humor yang jarang dilihat di kaca televisyen.

Mula Teroka Demi Promo Lagu, Terjebak Jadi Kelakar

Menceritakan detik awal pembabitannya di platform tersebut, naib juara Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) itu mengakui segalanya bermula secara tidak sengaja ketika dia mahu mempromosikan karya muziknya.

“Sebenarnya saya buat Threads untuk mempromosikan lagu Jodoh Lebaran. Awalnya saya guna tanpa bimbingan sesiapa dan teroka sendiri.

“Masa mula-mula guna, kandungan yang muncul semuanya kelakar. Jadi saya pun cuba ikut serta dan jadi kelakar juga. Sebab itu saya rasa Threads adalah platform yang sangat menyeronokkan,” katanya kepada URTV Ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Diari Air Mata yang berlangsung di ibu kota, semalam.

Tambah pelantun lagu Sutera itu lagi, kewujudan platform tersebut secara tidak langsung berjaya merapatkan jurang antaranya dengan peminat, memandangkan ramai yang sebelum ini tidak mengenali personaliti sebenar dirinya yang mudah bergurau-senda.

Aisha menyifatkan akaun tersebut sebagai ruang ‘rehat’ untuknya menanggalkan seketika imej serius sebagai seorang penyanyi di atas pentas demi mendekati penyokongnya dengan lebih intim.

“Mungkin ada yang tak tahu, saya sebenarnya suka melawak dan agak ‘ting-tong’ sedikit. Jadi di situ saya hanya jadi diri sendiri.

“Kadang-kadang kita dah penat menyanyi, jadi kita mahu lebih intim dan dekat dengan peminat,” jelas penyanyi itu lagi sambil tersenyum.

Tak Ambil Pusing Komen Negatif & Gelaran ‘Ratu Kacip’

Mengulas mengenai persepsi negatif luar yang sering mengaitkan Threads dengan persekitaran toksik, Aisha tidak menafikan pernah mendengar khabar angin sedemikian, namun pengalaman peribadinya membuktikan sebaliknya.

Malah, gelaran ‘Ratu Kacip’ yang diberikan oleh netizen di platform tersebut juga langsung tidak mendatangkan kudis buat dirinya.

Jelas Aisha, selagi perkongsiannya itu masih menghiburkan dan mempunyai batasan, dia selesa mengendalikan akaun tersebut secara peribadi tanpa bantuan pihak pengurusan.

“Jika ikut apa yang saya dengar, memang ada yang kata Threads toksik. Tapi sepanjang saya menggunakan platform itu, kebanyakannya kelakar dan dapat banyak ilmu dan fakta membina.

“Mungkin ada satu dua komen yang kurang menyenangkan, tetapi itu perkara biasa. Orang bebas memberikan pendapat masing-masing. Selagi ia tidak mengganggu hidup saya, saya layan sahaja,” ulasnya tenang.

“Memang saya pegang sendiri akaun itu dan saya rasa itulah bahagian yang paling best. Kita boleh jadi diri sendiri.

“Ada juga yang tanya, ‘Aisha kenapa kacip sangat?’ Tapi bagi saya, selagi kita tahu batas dan apa yang kita lakukan itu boleh menghiburkan orang dengan sisi kita yang bukan sebagai penyanyi, kenapa tidak?” ulasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ernie Zakri, Zaki Yamani, Lan Solo antara artis bakal serikan pesta 20 tahun MBPJ

KEPADA semua warga Lembah Klang, bersedia untuk berkampung di Petaling Jaya pertengahan Jun ini! Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)...

More Articles Like This