Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir empat tahun berlalu.

Lebih menyedihkan, pelakon berusia 31 tahun itu juga terpaksa menanggung sendiri sebahagian kos rawatan hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjayakan aksi lagak ngeri dalam karya tersebut.

Menurut Wafariena, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapatkan haknya termasuk menggunakan khidmat peguam, namun semuanya tidak berhasil apabila syarikat produksi terbabit dipercayai sudah gulung tikar.

Katanya, peguam yang dilantik telah mengeluarkan tiga surat tuntutan kepada syarikat terbabit tetapi tiada sebarang maklum balas diterima setakat ini.

“Peguam saya sudah menghantar tiga surat tuntutan kepada pihak produksi, tetapi tidak mendapat sebarang respons. Malah, peguam mereka juga sudah tarik diri.

“Apabila cuba menjejaki mereka di pejabat syarikat tetapi lokasi tersebut sudah dikosongkan.

“Bukan itu sahaja, pengarah yang bertanggungjawab juga gagal dikesan. 

“Sudah hampir setahun mereka mendiamkan diri dan langsung tidak memberikan sebarang penjelasan,” katanya kepada URTV ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media filem The Real Mamu.

Mengulas lanjut, Wafariena akui kecewa dengan situasi yang berlaku, apatah lagi melibatkan jumlah bayaran yang agak besar.

“Saya tidak berniat untuk memanjangkan kemarahan, tetapi sehingga hari ini saya tidak menghalalkan wang yang masih menjadi hak saya.

“Mereka masih berhutang bayaran lakonan yang jumlahnya puluhan ribu ringgit. 

“Pada masa sama, kos rawatan hospital saya juga tidak dijelaskan sepenuhnya,” ujarnya.

Wafariena berkata, pihak produksi hanya membayar sebahagian daripada bil rawatan yang ditanggungnya selepas insiden kecederaan tersebut.

“Bil hospital saya hanya dibayar separuh. Baki lebih RM8,000 terpaksa saya lunaskan sendiri.

“Sejujurnya saya masih tidak reda dan belum mampu memaafkan apa yang berlaku kerana bukan sahaja kehilangan wang, malah saya turut menanggung kesakitan akibat kecederaan itu,” luahnya.

Dalam perkembangan sama, Wafariena mendedahkan drama berkenaan sehingga kini masih belum dapat ditayangkan kerana proses penerbitannya belum disempurnakan sepenuhnya.

Menurutnya, rakaman suara latar (VO) yang menjadi antara komponen terakhir produksi masih belum diserahkan kerana pihak terbabit gagal melunaskan bayaran akhir seperti yang dipersetujui.

“Penggambaran drama itu sebenarnya belum benar-benar selesai. Rakaman VO saya juga masih belum dibuat kerana mereka tidak menjelaskan bayaran terakhir yang sepatutnya diterima.

“Selagi perkara itu tidak diselesaikan, saya tidak boleh menyerahkan VO dan drama tersebut juga tidak boleh ditayangkan,” katanya.

Tambah Wafariena, sekiranya pihak produksi bertindak menayangkan naskhah berkenaan tanpa kebenaran atau penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan, tindakan itu boleh mengundang implikasi undang-undang.

“Jika mereka tetap menyiarkannya, ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan kerana saya sudah mengambil tindakan melalui saluran undang-undang,” tegasnya.

Terdahulu, pada Oktober 2022, Wafariena dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital di Rawang susulan mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran sebuah supertele di kawasan hutan di Lenggong, Perak.

Ketika kejadian, dia mengalami kecederaan serius pada bahagian punggung dan perut selain mengalami pendarahan setelah melakonkan satu babak lagak aksi ngeri.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This