Penunggang motosikal maut, rempuh Axia lepas langgar lampu merah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG penunggang maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta jenis Perodua Axia di Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi berhampiran lampu isyarat Hotel Crystal Crown, Johor Bahru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, kemalangan kira-kira pukul 11.55 malam itu dipercayai berlaku selepas motosikal berkenaan disyaki gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Menurut Raub, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang warga tempatan berusia 27 tahun itu melalui lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Singapura itu dipercayai telah melanggar sebuah Perodua Axia dari arah kiri selepas disyaki gagal mematuhi lampu isyarat merah.

“Perodua Axia itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pegawai pemasaran bersama seorang penumpang hadapan iaitu seorang wanita yang juga rakan sekerjanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Raub berkata, penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan leher.

Katanya, mangsa turut mengalami patah di kedua-dua belah kaki.

“Sementara itu, pemandu Perodua Axia tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang wanita itu mengalami kesakitan di bahagian dada serta sesak nafas.

“Penumpang wanita itu kini masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This