Urusan hutang punca pergaduhan tular di Jinjang Utara, 13 individu ditahan polis

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERTIKAIAN melibatkan urusan hutang dipercayai menjadi punca pergaduhan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, kelmarin dengan video kejadian itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni memaklumkan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira pukul 3.27 petang, Khamis lalu berhubung pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Jinjang Utara itu.

Bertindak atas maklumat, Basri berkata, pasukan polis telah digerakkan ke lokasi bagi mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan urusan hutang yang kemudiannya bertukar menjadi pergaduhan melibatkan beberapa individu sehingga menyebabkan kecederaan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah melancarkan beberapa operasi serbuan di sekitar Kuala Lumpur.

“Hasil serbuan itu, seramai 13 lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 51 tahun telah ditahan dalam tempoh kurang 12 jam selepas kejadian.

“Semakan rekod mendapati ada beberapa suspek yang mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Basri berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Pada masa sama, beliau memberitahu, kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau alat berbahaya.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang bentuk keganasan, perbuatan mengambil tindakan sendiri serta aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan menyerahkan sebarang pertikaian kepada pihak berkuasa supaya tindakan diambil mengikut saluran undang-undang,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita ditahan selepas benarkan anak keluar kepala melalui sunroof

SEORANG wanita ditahan selepas membenarkan dua anak perempuannya mengeluarkan kepala melalui bumbung bukaan atau sunroof ketika kereta sedang bergerak,...

More Articles Like This