Guru didakwa salah laku seksual ditempatkan sementara di PPD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG guru yang didakwa terlibat dalam kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Sarawak telah ditempatkan buat sementara di pejabat pendidikan daerah (PPD).

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan guru tersebut ditempatkan di PPD sehingga proses siasatan polis selesai dilaksanakan.

Menurut JPN Sarawak, kes tersebut ketika ini sedang berada dalam siasatan pihak polis.

“JPN Sarawak memandang serius dakwaan kes salah laku seksual melibatkan seorang guru di negeri ini seperti yang tular di media sosial.

“JPN Sarawak memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, JPN Sarawak memberitahu, unit integriti Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jemaah Nazir turut menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara terkait kes tersebut.

“JPN Sarawak tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku seksual.

“Sesiapa sahaja yang didapati bersalah perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This