Pas persoal mengapa diesel murah tidak dilaksana lebih awal

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PAS mempersoalkan mengapa keputusan kerajaan menurunkan harga diesel bersubsidi  tidak dibuat lebih awal.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebarang usaha yang dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat wajar disokong tanpa mengira pihak yang melaksanakannya, terutama apabila ia memberi kesan langsung kepada kos pengangkutan dan harga barang.

Bagaimanapun, beliau berkata, persoalan utama yang timbul ialah sebab kerajaan tidak mengambil langkah sama ketika harga diesel dinaikkan secara mendadak pada Jun 2024 atas alasan rasionalisasi subsidi dan usaha membendung ketirisan.

Menurutnya, ketika itu harga diesel di Semenanjung meningkat daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter, sedangkan harga minyak mentah Brent berada sekitar USD82 setong, iaitu hampir sama dengan paras semasa yang membolehkan kerajaan menurunkan harga diesel bersubsidi.

“Jika harga minyak dunia berada pada lingkungan yang hampir sama, apakah sebenarnya faktor yang berubah sehingga kerajaan kini mampu melaksanakan penurunan harga diesel?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, kenaikan harga diesel pada 2024 memberi kesan besar kepada pelbagai kelompok termasuk peniaga kecil, petani, nelayan dan pemain sektor pengangkutan yang terpaksa menanggung peningkatan kos operasi.

Beliau turut mempersoalkan mengapa mekanisme pengesahan menggunakan kad pengenalan untuk menyalurkan subsidi bersasar, seperti yang dilaksanakan ketika ini, tidak diperkenalkan lebih awal jika matlamat utama kerajaan ketika itu adalah mengelakkan ketirisan dan penyalahgunaan subsidi.

Katanya, perkembangan semasa menunjukkan terdapat pendekatan lain yang boleh digunakan bagi memastikan subsidi sampai kepada kumpulan sasaran tanpa menjejaskan majoriti rakyat.

“Ketika pembangkang membangkitkan perkara ini pada 2024, kami dituduh tidak memahami ekonomi dan keperluan subsidi bersasar. Namun apa yang berlaku hari ini membuktikan terdapat pilihan dasar lain yang boleh dipertimbangkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat berhak menilai sama ada kerajaan mempunyai dasar yang konsisten dan berjangka panjang atau sekadar mengubah pendekatan mengikut keadaan semasa.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mendakwa perubahan keputusan kerajaan berhubung harga diesel berlaku ketika negara semakin menghampiri pilihan raya, memandangkan paras harga minyak dunia ketika ini tidak banyak berbeza berbanding ketika diesel dinaikkan pada 2024.

Beliau berkata faktor masa menjadi persoalan utama kerana ketika harga diesel dinaikkan, pilihan raya masih jauh, manakala kini negara semakin menghampiri kitaran pilihan raya seterusnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This