Hamzah kembali jadi Ketua Pembangkang mulai 18 Jun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kembali memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang mulai 18 Jun lalu.

Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika membuat pemasyhuran sempena pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Johari, Hamzah sebelum ini memegang jawatan Ketua Pembangkang sehingga 20 Mei sebelum diambil alih oleh Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Yang Berhormat Kemaman (Ahmad Samsuri) menjadi Ketua Pembangkang mulai 21 Mei hingga 10 Jun 2026.

“Kini, Yang Berhormat Larut mulai 18 Jun 2026 kembali menjadi Ketua Pembangkang. Tahniah Larut.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kemaman atas khidmat sebagai Ketua Pembangkang dalam tempoh tersebut dan mengalu-alukan Yang Berhormat Larut untuk kembali berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Johari turut mengesahkan bahawa kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa yang sebelum ini masing-masing diisi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad telah dikosongkan secara rasmi.

Johari memberitahu telah menerima surat peletakan jawatan daripada Rafizi dan Nik Nazmi pada 18 Mei lalu.

“Saya telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kedua-dua kerusi Ahli Parlimen berkenaan selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This