Juruteknik penyaman udara tak mengaku liwat anak tiri di balkoni rumah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG juruteknik penyaman udara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan meliwat anak tiri perempuannya yang berusia 10 tahun di balkoni kediaman mereka, awal bulan lepas.

Lelaki berusia 40 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu ayah tiri, telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan mangsa yang berusia 9 tahun 10 bulan sewaktu kejadian, di mana hubungan mereka adalah tidak dibenarkan di bawah hukum agama untuk berkahwin dengan mangsa.

Kejadian itu didakwa dilakukan di balkoni sebuah unit kediaman, di sebuah pangsapuri dekat Cheras, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi pada 4 Mei lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun sehingga 30 tahun dan juga sebatan, manakala bagi Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun serta minimum 2 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Khalilah Zaberi tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh memandangkan hubungan tertuduh selaku ayah tiri kepada mangsa yang tinggal sebumbung di dalam rumah yang sama.

“Hasil siasatan, mangsa dan tertuduh tinggal sebumbung. Sekiranya jaminan dibenarkan, tertuduh dikhuatiri akan mengacau ganggu mangsa dan juga saksi-saksi pendakwaan yang lain.

“Tertuduh juga telah dipertuduhkan atas pertuduhan yang serius melibatkan mangsa kanak-kanak. Oleh yang demikian, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jumlah jaminan ke atas tertuduh,” hujahnya.

Bagaimanapun, Peguam Charanpal Singh yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya itu dibenarkan jaminan atas alasan turut menanggung empat orang anak kandungnya yang berusia antara tujuh sehingga 14 tahun.

“Anak kandungnya yang berusia tujuh tahun menghidap penyakit jantung yang mana tertuduh akan membawa anaknya itu mendapatkan rawatan susulan.

“Anak-anaknya tidak menghadirkan diri ke sekolah sepanjang dia ditahan selama seminggu kerana dia yang akan membawa anak-anak ke sekolah. Sementara itu isterinya tidak bekerja dan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga.

Susulan hujahan peguam itu, Faizah Khalilah memberitahu mahkamah pihak pendakwaan masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas lelaki terbabit mempertimbangkan status hubungan antara tertuduh dengan ibu mangsa masih suami isteri.

Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Zulqarnain memutuskan bahawa mahkamah berpandangan jaminan ke atas tertuduh tidak wajar dibenarkan selain menetapkan 17 Jun depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This