kopi

KOPI adalah salah satu minuman yang paling popular di dunia. Brazil merupakan pengeluar terbesar kopi diikuti oleh Vietnam dan Colombia. Tahukah anda bahawa serbuk kopi juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara selain dijadikan minuman?

Antara kegunaan lain serbuk kopi adalah menghilangkan bau, menghalau semut, menyuburkan tanaman dan macam-macam lagi.

MENGHILANGKAH BAU
Kopi boleh menyerap dan meneutralkan bau yang tidak menyenangkan. Untuk menghilangkan bau di dalam peti ais, letak beberapa sudu serbuk kopi di dalam bekas kecil di dalam peti ais anda. Cara ini juga boleh digunakan untuk menyerap bau bilik yang baru dicat. Selain itu, serbuk kopi juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau tangan selepas memotong bawang. Sapukan tangan anda dengan serbuk atau hampas kopi kemudian bilas dengan air bersih.

MENGHALAU SEMUT
Kopi juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Taburkan sedikit serbuk kopi di sekitar kawasan dipenuhi semut. Aroma serbuk kopi yang kuat, akan menghalau semut.

MENCANTIKKAN RAMBUT
Jika anda sedang mencari cara untuk mendapatkan rambut cantik dan berkilat, anda boleh mencampurkan serbuk kopi dengan perapi rambut. Gosok pada rambut, kemudian bilas bersih. Amalkan seminggu sekali, rambut anda akan kelihatan lebih cantik dan berkilat.

MENYUBURKAN TANAMAN
Anda juga boleh menggunakan serbuk atau hampas kopi sebagai baja kerana kandungan nitrogen kopi mampu membuatkan tanaman lebih subur.

MENGURANGKAN SELULIT
Serbuk kopi juga boleh dijadikan lulur badan bagi mengurangkan selulit. Kafein di dalam kopi mengandungi khasiat anti oksida yang baik untuk kulit.