Nak hamil kembar? Kenali potensi diri dan pasangan

0
15

Anak adalah penyeri rumahtangga. Kehadiran mereka tentunya menjadi pengikat kasih dunia dan akhirat buat pasangan suami isteri. Justeru untuk menambahkan lagi kebahagiaan dikecapi bersama, tidak salah kiranya merencana bilangan cahaya mata.

Anda boleh mengambil pendekatan berbeza dengan merancang kehamilan bukan tunggal dengan mengaturkan kehamilan kembar atau pregnancy multiple.

Biarpun direkodkan hanya berlaku dalam satu daripada 80 kehamilan, tidak mustahil andai anda juga salah seorang daripada statistiknya.

Sejarah anak kembar dalam keluarga

Bagi mereka yang mempunyai latar belakang keluarga kembar, anda punya potensi besar! Tidak kira lelaki atau perempuan, genetik sebegini membolehkan anda meneruskan legasi kembar dalam keluarga.

Lambat hamil

Sudah berusia lebih 30-an namun masih belum punya rezeki memiliki zuriat. Kelewatan menempuh alam kehamilan ada hikmahnya. Kajian membuktikan keadaan itu memberi ruang untuk anda hamil kembar lebih tinggi berbanding mereka yang mengandung awal. Oleh itu jangan berhenti berusaha dan teruskan berdoa kepada Yang Maha Kuasa.

IVF

IVF atau In vitro fertilization memungkinkan peratusan untuk anda mendapat anak kembar sangat tinggi.

Ini kerana wanita yang melakukan IVF akan diberi hormon dan vitamin bagi memastikan rahim dalam keadaan subur. Di samping itu, lebih daripada satu embrio akan ditanam untuk meningkatkan peluang kehamilan. Jadi mungkin bukan hanya kembar dua, boleh jadi kembar tiga. Wah, meriahnya!

Berat berlebihan

Fakta ini merujuk kepada wanita yang memiliki BMI lebih daripada 30. Bagaimana perkara ini berlaku? Sehingga kini pakar masih belum menemui jawapan pasti. Namun begitu, pengaruh hormon dikatakan penyebab lebih daripada satu ovulasi dalam satu kitaran.

Langsing

Wanita yang punya bentuk badan yang langsing mempunyai peluang lebih besar mengandung kembar berbanding dengan wanita berbadan pendek.

Jangan percaya mitos

Dalam keterujaan mencapai hasrat memiliki anak kembar, jangan sesekali percaya tiga mitos ini.

  1. Makan tenusu atau daging semasa ovulasi. Tiada kajian saintifik yang boleh membuktikan petua ini.
  2. Terapi alternatif. Naturopati atau akupuntur tidak akan meningkatkan peluang untuk dapat anak kembar.
  3. Percaya kuasa sihir. TIDAK! Percaya atau tidak, rasa terdesak menyebabkan ramai pasangan yang mengambil risiko untuk melakukan apa sahaja termasuk mempercayai kuasa sihir. Jangan mudah terpedaya.

Foto : Google