21,114 remaja hamil anak luar nikah

Dari Penulis

SERAMAI 21,114 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin dilaporkan hamil, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh 2019 hingga 2024.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berdasarkan rekod di fasiliti kerajaan dalam tempoh berkenaan.

Jelasnya, usaha membendung isu ini telah dilaksanakan pihak kementerian menerusi inisiatif-inisiatif yang melibatkan pelbagai aspek termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif kaunseling serta sokongan komuniti.

“Antara inisiatif tersebut termasuk membangunkan dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI).

“Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat bertanggungjawab dan berdaya tahan,” jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

KPWKM menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai statistik terkini mengikut umur, jantina, bangsa dan kes gejala sosial melibatkan remaja di Malaysia termasuk kes kehamilan luar nikah antara tahun 2019-2025.

Kementerian itu menambah, di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah.

Platform Majlis Sosial Negara

Jelasnya, tindakan bersepadu antara kementerian berkaitan PEKERTI ini digembleng menerusi platform Majlis Sosial Negara.

Antaranya ialah:

(i) Program PEKERTI dimasukkan sebagai program di peringkat institusi pengajian tinggi; 

(ii) Meluaskan pelaksanaan program PEKERTI di peringkat komuniti; dan 

(iii) Memperluas aktiviti, promosi dan advokasi mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

“Selain itu, KPWKM menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) menyediakan khidmat sokongan untuk remaja melalui Pusat Remaja KafeTEEN dan Program Sahabat KafeTEEN di sekolah.

“KafeTEEN adalah inisiatif LPPKN bagi menyediakan ruang bimbingan dan pendidikan remaja bagi melahirkan remaja yang positif fizikal, mental dan pergaulan sosial,” katanya.

Menurut kementerian tersebut, aksesibiliti khidmat sokongan remaja diperluaskan menerusi 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN, sebuah trak KafeTEEN serta program-program di dalam komuniti dengan menyediakan perkhidmatan klinik kesihatan reproduktif serta khidmat kaunseling psikososial.

“Perluasan program dan perkhidmatan Pusat Remaja KafeTEEN turut dilaksanakan melalui latihan peers educators yang berkemahiran dalam pendidikan kesihatan reproduktif di bawah Kelab KafeTEEN di 143 buah sekolah menengah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Di samping itu jelasnya, kerajaan melalui KPWKM akan melancarkan Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Keluarga Negara yang baharu sebagai usaha memperkasa keluarga untuk kestabilan sosial.

“Antara teras yang digariskan adalah untuk memperkasa keupayaan perancangan keluarga menerusi usaha memperkukuh peranan ibu bapa dan remaja.

“Usaha membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini wajar digembleng bersama oleh semua pihak demi masa depan generasi muda kita yang lebih sejahtera,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This