“Pasanganku hanya milik aku seorang.” Jauhi 4 ciri toksik dalam hubungan suami isteri.

Dari Penulis

“Aku terima nikahnya” bukan sekadar penyatuan dua jiwa yang sedang berkasih, bukan juga tanda anda pemilik mutlak si dia sehingga mengenepikan sanak saudara.

Jika tanggungjawab itu hadir dalam bentuk objek, mungkin si lelaki sudah lemas dihempap runtuhan ‘amanah’ yang harus dilaksanakan dan digenggam sehingga kiamat tatkala akad dilafaz.

Pernah dengar kata-kata “wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.” Namun lelaki paling malang pula adalah suami yang gagal mendidik isteri.

Dan semakin parah andai pasangan punya ciri toksik sehingga membunuh jiwa. Perkongsian Dr Redza Zainol cukup bermanfaat bagi memperbaiki hubungan suami isteri atau andai ‘jiwa sudah mati’, keluarlah mencari kebahagiaan hakiki.

Ulasnya ramai wanita atau lelaki tidak sedar mereka hidup dalam hubungan bertoksik. Malah menganggap itu sebenarnya asam garam dan dugaan berumah tangga.

Biarpun jodoh termasuk dalam perkara  yang sudah ditulis berdasarkan ilmu Allah SWT. Namun Allah SWT tidak pernah menghalang hambaNya daripada berikhtiar. Bukan reda semata-mata atas alasan ‘sudah jodoh’. Itu sengaja mencari maut namanya kerana Allah SWT tidak pernah menghalang hambaNya memilih dan berusaha atas apa yang mereka inginkan.

Jadi andai derita sehingga membunuh jiwa, keluarlah daripada hubungan toksik. Allah SWT tidak akan mengubah nasib jika anda sendiri tidak mahu berubah.

Sumber : Facebook Dr Redza Zainol


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perbezaan jantina mangsa tidak seharusnya membezakan kes jenayah seksual kanak-kanak

Oleh : Dr Haezreena Begum Abdul Hamid KES melibatkan seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar...

More Articles Like This