Timbalan KM Sabah, Jeffrey Kitingan positif COVID-19

Dari Penulis

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif COVID-19 dan kini berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri, Arlinsia Agang dalam satu kenyataan berkata, Jeffrey menjalani saringan pada Ahad dan disahkan positif.

Ahli Parlimen Keningau itu yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (STAR) kini mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

Walau berada di HQE, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan itu tetap melaksana tanggungjawabnya menerusi persidangan video dan e-mel.

Katanya, Timbalan Ketua Menteri itu berada dalam keadaan baik dan Jeffrey turut berharap Sabah akan bebas daripada jangkitan COVID-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar ditikam di Banting: Fadhlina tinjau lokasi, mohon jangan sebar berita palsu

ORANG ramai diminta tidak menyebarkan berita palsu atau merekayasa fitnah berhubung kejadian seorang pelajar ditikam rakannya dalam kejadian di...

More Articles Like This