Harris Annuar positif Covid-19, pihak pengurusan selar dakwaan berpesta!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Pihak pengurusan ingin menyangkal bahawa ada spekulasi yang mengatakan Harris Annuar berpesta di Hotel Dash dan ia adalah tidak benar,” demikian kata pihak pengurusan pelakon Harris Annuar, Absolut Management dalam satu kenyataan.

Harris disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari bercuti di Langkawi dan telah memaklumkan keadaan dirinya pada Isnin lalu.

Namun timbul pula dakwaan apabila kehadiran Harris ke pulau peranginan itu dikatakan untuk berpesta selepas netizen melihat beberapa perkongsian gambar yang dimuat naik oleh Harris di Instagram ketika bercuti.

Enggan perkara tersebut berlarutan, pihak pengurusan naungan Harris telah tampil menafikan dakwaan sepertimana yang tular di media sosial

“Sepanjang di Pulau Langkawi, Harris telah mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memakai pelitup muka sepanjang masa serta mengimbas aplikasi MySejahtera setiap kali ke tempat-tempat yang dilawati.

“Pihak pengurusan ingin juga mengesahkan bahawa Harris tidak pergi ke mana-mana pesta atau tempat yang sesak,” katanya.

Lokasi yang dilawati oleh Harris Annuar di Langkawi

Dalam pada itu, pihaknya turut menyenaraikan beberapa lokasi yang dikunjungi oleh Harris dari 26 Disember 2020 sehingga 2 Januari.

“Pihak pengurusan ingin mengesa dan menasihati kepada sesiapa yang berada di tempat yang Harris kunjungi untuk pergi membuat ujian Covid-19 dalam kadar segera.

” Dengan penjelasan ini, pihak kami berharap orang ramai tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar.

“Kami ingin memohon agar memberikan ruang kepada Harris untuk berehat dan berdoa agar kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Isnin lalu, bekas peserta Hero Remaja 2017 ini menerusi laman sosial Instagram memaklumkan dirinya dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) di klinik swasta.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This