Persoalan tentang Harris Alif dan Intan Ladyana bakal berkahwin akhirnya terjawab apabila pasangan selebriti itu mengumumkan mereka akan disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari 2021.
Khabar gembira tersebut diumumkan Harris dan Intan menerusi sidang media istimewa secara langsung di saluran Youtube Harris Alif.
“Hari ini sangat istimewa buat kami berdua kerana hari ini kami ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua.
“Tarikh perkahwinan kami adalah pada 6 Februari 2021. Kami memilih tarikh ini kerana tarikh yang kami inginkan telah diambil oleh orang lain. Setelah berbincang dengan keluarga, kami akhirnya sepakat memilih tarikh baharu tersebut.
“Walaupun tarikh perkahwinan kami sudah dekat, persiapan sudah 90 peratus siap kerana kami sudah membuat persiapan awal,” cerita Harris..

Dalam pada itu, Harris turut mendedahkan dia sebenarnya sudah merisik Intan pada Julai tahun lalu cuma tidak diumum kepada khalayak.
“Selepas sebulan harijadi Intan, saya dan ibu bapa telah datang merisik. Ia dibuat secara diam dan hanya diketahui oleh keluarga kedua belah pihak sahaja.
Menerusi sidang media secara atas talian itu, Intan turut memberitahu perkahwinan mereka bakal ditaja oleh Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta iaitu berupa barangan kemas yang akan dipakai untuk majlis akad nikah dan resepsi.
Selain tajaan barangan kemas, persalinan Harris dan Intan juga tajaan persalinan untuk majlis perkahwinan mereka oleh Datuk Riffai (malam berinai dan akad nikah), Hatta Dolmat (resepsi), Khairi Sufi (potong kek) dan Jimmy Couture serta Khai BK (majlis bertandang).
TONTON VIDEO PILIHAN:

