“Dukacitanya anak kucing ini tak dapat diselamatkan,” – Black

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Penyanyi Black Hanifah sedih apabila seekor anak kucing yang sedang dalam kesakitan akhirnya tidak dapat diselamatkan.

Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah,33, kucing tersebut terjatuh dari tingkat satu sebuah bangunan dihadapannya yang ketika itu sedang menuju ke kedai makan.

Ujar pelantun lagu Sabar ini, dia dan isterinya iaitu Naquia Yasirah bergegas membawa kucing tersebut ke sebuah klinik veterinar yang terletak di Shah Alam, Selangor.

TANGKAP layar anak kucing berwarna jingga yang terjatuh dari sebuah bangunan

Namun, akibat kecederaan yang serius, kucing berkenaan mengalami sawan akibat gegaran otak dan tidak dapat diselamatkan.

“Dengan dukacitanya anak kucing ini tak dapat diselamatkan. Sedikit peringatan kepada kita agar dapat membantu binatang seperti ini jika ianya dalam kesusahan mahupun kesakitan.

“Binatang juga bernyawa. Terima kasih doktor yang membantu dan menguruskan segalanya,” tulis Black dalam video yang dimuat naik di Instagramnya.

Sifat kemanusiaan yang ditonjolkan oleh Black dan isterinya bagi membantu seekor kucing yang sedang dalam ‘nyawa-nyawa ikan’ itu mendapat pujian netizen.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This