“Baju itu bukan beli dengan air liur, hormat pembeli baju itu,” – Penganjur

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Rakan kongsi produk suplemen kesihatan Crystal C White, Nor Shahlina Abu mengakui agak terkilan dengan jawapan balas Rizman Ruzaini berhubung busana ‘muslimah seksi’ yang digayakan pelakon, Natasha Hudson petang semalam

Nor Shahlina berpendapat sebagai pereka fesyen terkenal, jenama duo popular itu tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya.

NATASHA Hudson diselar kerana memakai gaun yang seolah-olah menampakkan bahunya

“Sebagai pereka fesyen, dia tak patut menghentam balik terhadap siapa pun yang memakai baju rekaanya. Termasuklah Natasha Hudson. Rekaan baju yang dianggap kontroversi kerana kononnya mendedahkan bahagian bahu dan betis Natasha itu berlapik. Ia ada ‘lining’ dan bukannya ‘bare shoulder’.

“Cara pereka fesyen itu menjawab seperti marah dan seolah olah macam hina sangat Natasha menggayakan busana rekaannya. Sepatutnya dia ‘back up’ dengan cakap benda yang lebih elok dan bukannya menambah bara.

“Cara pereka fesyen itu menjawab memang seperti menghentam dan menghina,” kata Nor Shahlina.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun dedah bahu, tak sesuai dengan imej bertudung. Ini komen Natasha Hudson

Tegas Nor Shahlina yang juga rakan baik kepada pengasas produk berkenaan, Datin Reena Zach, pereka fesyen itu sepatutnya bersifat neutral.

“Baju itu dibeli dengan duit dan bukan dengan air liur. Ia bukan busana yang ditajanya.

“Hormat sedikit pembeli baju itu (merujuk kepada dirinya sendiri). Mereka peniaga yang menjalankan perniagaan fesyen sepatutnya faham dengan konsep ‘customer is always right,” katanya lagi.

Terdahulu, Rizman Ruzaini terkejut saat mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung.

Menurut Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi atas talian sejak tiga bulan lalu.

Malah kata Rizman, tindakan pelakon itu telah mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun dalam industri fesyen.

Isnin lalu, tindakan Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, yang menggayakan busana seolah-olah menampakkan bahagian bahu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White heboh diperkatakan.

Bahkan, pakaian yang dipakainya juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya.

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

1 COMMENT

Comments are closed.

Berkaitan

“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah...

More Articles Like This