“Nak gelak,gelaklah,”-Sharifah Shahira beri sumbangan baju dan seluar dalam untuk mangsa banjir

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Simpati dengan nasib mangsa banjir yang terjejas akibat bencana alam, ramai selebriti tampil menghulurkan pelbagai bantuan tidak kiralah dari segi kewangan mahupun barangan keperluan asas.

Terpanggil untuk membantu demi misi kemanusiaan, pelakon Sharifah Shahira turut memberi bantuan air minuman serta pakaian terpakai hasil kutipan orang ramai yang akan disalurkan kepada mangsa yang terjejas di sekitar negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, Shahira atau mesra disapa sebagai Shiera, turut memberikan bantuan yang mungkin banyak pihak terlepas pandang seperti baju dan seluar dalam.

SHIERA membeli baju dan seluar dalam baharu untuk mangsa banjir

“Ini cakap terus terang ya. Seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli kerana sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli.

“Saiz nasiblah, main pakai beli ini. Ke banyak saiz XL ke atas. Saya faham sangat.

“Benda sudah terdesak nak pakai. Saya derma lain daripada yang lain sebab itu pun penting.

“Ini pun saya campur duit anda semua yang bagi untuk membeli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah. Tapi ini sangat penting,” kata Sheira yang berkongsi niat murninya itu di akaun Instagram.

Terdahulu, Shiera berdepan pengalaman terkandas akibat banjir di Raub, Pahang. Ketika kejadian, dia dan keluarganya sedang bercuti di tanah persendirian miliknya yang terletak di Ulu Dong, Raub, Pahang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiket bermula RM150, siri konsert SPOTLIGHT KLCC janjikan pengalaman intim bertaraf premium

LANDSKAP hiburan tempatan bakal menyaksikan satu penanda aras baharu apabila pentas berprestij Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)...

More Articles Like This