PlayStation 5 akan masuki Malaysia, buat tempahan anda sekarang!

Dari Penulis

FACEBOOK Sony Malaysia

SEKIRANYA anda terlepas dua pusingan pra-tempahan PlayStation 5 (PS5) sebelum ini, inilah peluang para peminat game untuk mendapatkan konsol permainan Sony terkini. Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa kumpulan pra-tempahan ketiga untuk PlayStation 5 telah boleh dilakukan mulai semalam.

Oleh kerana negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sony Malaysia memutuskan pra-tempahan kali ini hanya boleh dilakukan secara dalam talian dan peminat tidak boleh menempahnya secara walk-in di kedai Sony.

Bagi membolehkan anda mendapatkan unit tersebut, anda hanya perlu melawat Kedai Rasmi Sony di Lazada dan anda boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai gajet tersebut dengan wakil penjual Sony yang sah.

Bagaimanapun tempahan melalui WhatsApp tidak boleh dilakukan ketika ini.
Kelebihan mereka yang membuat tempahan adalah apabila gajet itu diumumkan memasuki pasaran rantau ini, mereka tidak perlu beratur seawal pagi untuk membelinya dan seterusnya dapat menikmati permainan tersebut lebih cepat berbanding rakan-rakan.

Harga rasmi untuk PS5 Edisi Digital ialah RM1869 dan RM2299 untuk versi standard (Ultra HD Blu-ray).

Berikut ialah harga aksesori PS5:
DualSense Wireless Controller – RM349
Pulse 3D wireless headset – RM469
HD Camera – RM279
Media Remote – RM149
DualSense Charging Station – RM149

(Sumber: Sony Malaysia / Facebook)

BERITA BERKAITAN Semakin lama si kecil terdedah dengan gajet, semakin tinggi risiko terkena speech delay.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This