Luahan hati isteri pramugara Sriwijaya Air: ‘’Suamiku, kamu pasti boleh bertahan’’

Dari Penulis


‘’Apih”, ”Apih”, ”sayang”, ”sudah landing belum”, ”Apih”, ”balas Apih”, ”Apih”, ”Apih balas”, ”Apihhhh’’ – itulah antara mesej berturut-turut yang dihantar oleh Aldha Refa kepada suaminya Ocky Bisma, pramugara pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di Kepulauan Seribu, Jakarta.

Sebaik sahaja mengetahui pesawat yang dinaiki suaminya terlibat dalam nahas itu, Aldha menghantar mesej berkali-kali kepada Ocky namun tidak ada jawapan, seperti dilapor portal berita Detikcom

“Pihhh balas pihhh. Kamu pasti kuatt sayang kamu bisa bertahan,” kata Aldha dalam salah satu mesej tersebut.

Aldha yang sehingga hari ini masih enggan bertemu wartawan turut menyertakan beberapa keping gambar kenangan dia dan Ocky dalam akaun Instagram Storynya.

Dalam salah satu gambar Aldha mencoretkan, ‘’Suamiku km (kamu) pasti bisa (boleh) bertahan’’.

Okcy Bisma bersama rakan-rakan setugasnya di syarikat penerbangan Sriwijaya Air.

Luahan Aldha yang juga pramugari mendapat perhatian netizen. Mereka bersimpati dengan nasib Aldha apa tah lagi mereka baru berkahwin setahun lalu.

“Aku ga (tidak) kenal kakak dan suami kakak, but stay strong kak.. semoga ada keajaiban ,” kata @thri_heni.

“Mba Refa yang kuat dan tabah yaaa,semangat kakak cantikk. kami di sini mendoakan. semoga amal ibadah suami mba diterima,” kata @setyakholipah9.

Aldha membalas komen-komen itu dengan mencoretkan, “Aminnn Yaa Allah mksih (terima kasih) banyak mbaa mohon dibantu doa suami saya ada mukjizat cpt (cepat) ktemu (bertemu) selamat sehat hidup ga (tidak) kurang 1 apapun .. Aminn Yaa Allah,” balas Aldha.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan artikel menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

1 COMMENT

Comments are closed.

Berkaitan

Inovasi digital, Klook permudah akses Shinkansen laluan Tokyo-Osaka buat pelancong Malaysia

JEPUN terus kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan antarabangsa paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Daya tarikan landskap budaya...

More Articles Like This