Ku Li pula disah positif COVID-19

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa anggota pentadbiran termasuk tiga menteri positif COVID-19, terbaru, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut dijangkiti virus itu.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berdasar laporan portal Astro Awani yang memetik sumber, Tengku Razaleigh berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

Beberapa hari lalu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Parlimen Gua Musang iaitu ADUN Nenggiri dan ADUN Galas memaklumkan mereka disahkan positif COVID-19.

Difahamkan, Tengku Razaleigh merupakan kontak rapat ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang disahkan positif COVID-19 Sabtu lalu.

Berdasarkan Facebook Ab Aziz, beliau dan Tengku Razaleigh berada dalam satu majlis taklimat di ibu negara minggu lalu.

“Tengku Razaleigh menjalani ujian saringan baru-baru ini dan keputusannya disahkan positif. Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

“Beliau kontak rapat ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yussof yang disahkan positif baru-baru ini,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Pada 9 Januari lalu, ADUN Nenggiri dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif COVID-19.

Kemudian ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan isteri pula memaklumkan dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This