Ibrahim Abu Shah dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM

Dari Penulis

PUTRAJAYA – Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah universiti itu, bermula Isnin ini.

Pelantikan Ibrahim, 73, dimaklumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam hantaran di Facebook pagi ini.

“Tahniah saya ucapkan kepada Tan Sri Dr. Ibrahim atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Saya yakin berbekalkan pengalaman luas dalam dunia pendidikan di negara ini, beliau mampu meneruskan kegemilangan UiTM dalam usaha membantu anak bumiputera mendapat pendidikan tertinggi dan menghasilkan profesional bersaing di dalam dan luar negara,” katanya.

Ibrahim menggantikan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM sebelum ini, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.

Anak kelahiran Melaka itu memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah, Kajian Pentadbiran dan Undang-Undang pada 1975 adalah Naib Canselor Kedua UiTM bagi tempoh sembilan tahun bermula pada 1 Januari 2001 dan bersara pada 31 Disember 2009.

Pada 14 Oktober 2017, beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus pada Istiadat Konvokesyen ke-87, UiTM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This