Ayam percuma: Penganjur didenda gagal pastikan SOP dipatuhi

Dari Penulis

PUTRAJAYA – Polis mendenda penganjur program “pengedaran ayam beku percuma” di Putrajaya petang semalam setelah ia diserbu orang ramai sehingga menimbulkan persoalan tahap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali berkata, program itu tidak mendapat kelulusan polis dan Putrajaya ketika ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Program pengedaran ayam beku percuma itu dibuat secara pandu lalu dengan konsep first come first serve dan telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kehadiran ramai orang di lokasi program.

“Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati penjarakan fizikal sukar dilaksanakan dalam kalangan hadirin serta Prosedur Operasi Standard (SOP) gagal dipatuhi oleh pihak penganjur dan orang awam yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dilapor Malaysiakini.

Menurut Mohd Fadzil, penganjur dikompaun di bawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang menyenaraikan kesalahan umum di bawah Akta tersebut.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dalam menguatkuasakan undang-undang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala arahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi tujuan membendung seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini,” katanya.

Program pengedaran ayam percuma semalam diserbu penduduk Putrajaya sehingga timbul kebimbangan wujud ketidakpatuhan SOP./ Gambar media sosial

Kawasan Presint 9, Putrajaya dilaporkan dikerumuni orang ramai semalam kerana program “pengedaran ayam beku percuma” yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Gambar kesesakan lalu lintas menunjukkan kereta dan motosikal beratur panjang untuk mendapatkan ayam beku percuma tular di media sosial. Ini telah mencetuskan kebimbangan netizen mengenai kluster Covid-19 baru digelar ‘kluster ayam beku’.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This