Lelaki ini minum peluh dan urin sendiri, cuba bunuh diri ketika sesat selama 9 hari di gurun Sahara

Dari Penulis

Minum Peluh dan Urin Sendiri

Selepas tiga hari sesat di gurun yang terbentang luas itu, keadaan Prosperi semakin buntu. Bahang panas dan keganasan Sahara menyebabkan Prosperi mula terbayangkan kematian. Bekalan makanan dan minuman semakin berkurangan.

Pada satu tahap di mana botol airnya telah kering, Prosperi hanya mampu menghirup peluhnya sendiri untuk membasahkan tekak. Dia meletakkan sehelai kain di atas bahu bagi mengelap titisan-titisan peluh yang keluar dari setiap inci tubuhnya.

Apabila kain pengelap peluh itu basah dan lembap, Prosperi akan menghisapnya untuk membasahkan tekak yang semakin kering. Manakala, yang selebihnya pula akan diperah ke dalam botol minuman yang sentiasa berada dalam genggaman bagi mengelakkan ia tersejat dek terik matahari.

Bukan sahaja peluh, malah dia turut membuang air kecil ke dalam botol tersebut. Hanya itu sahaja bekalan yang ada padanya bagi mengharungi keperitan di Sahara.

Prosperi akan meminum air kumuhannya secara berperingkat, dan mengulangi proses itu selagi terdapat air di dalam badan. Ketika ini, tidak timbul lagi soal jijik. Hanya itu sahaja jalan terbaik untuk dia terus hidup dan mengumpul secebis tenaga bagi meneruskan langkahnya.

Untuk menempuhi gelora di padang pasir itu, Prosperi hanya berjalan pada waktu pagi dan petang sahaja, iaitu ketika cahaya matahari tidak terlalu menyengat. Manakala pada waktu tengah hari, Prosperi akan berehat dan berteduh di bawah naungan bayangan bukit-bukit pasir.

Pada hari keempat sesat, keadaan Prosperi sudah sangat lemah. Namun, perjalanannya pada hari itu sedikit baik apabila dia menemui sebuah masjid lama yang telah ditinggalkan. Masjid itu mungkin telah didirikan oleh kabilah-kabilah Arab yang pernah melalui jalan itu, tetapi kini ia hanya menjadi sarang haiwan-haiwan padang pasir.

Tinggalan masjid lama yang ditemui Prosperi ketika sesat di gurun ini.

Prosperi memasang khemahnya di hadapan pintu masuk masjid dan memacakkan bendera negaranya iaitu Itali sebagai tanda bahawa beliau masih hidup dan berada di situ. Kemudian, Prosperi masuk ke dalam masjid ntuk mencari sisa-sisa sumber makanan atau air yang ada.

Di dalamnya, Prosperi berjaya menangkap dua ekor kelawar untuk hidangannya hari itu. Dengan pisau lipat yang tersemat di koceknya, Prosperi mengelar leher haiwan itu untuk menghirup darahnya. Darah kelawar itu diperah selagi boleh bagi menghilangkan kehausan yang ditanggungnya selama beberapa hari.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Anak saya bermain dengan Bunian? Bila CCTV diperiksa, kelibat budak itu hilang’ – Iesya Toh

Pernahkah anda melihat seseorang dengan mata sendiri, berbual dengannya, malah anak anda bermain bersama-sama dengannya setiap hari.  Namun apa yang...

More Articles Like This