Tragedi Ouija, papan pemanggil roh yang meragut banyak nyawa

Dari Penulis

Tembak Bapa Kerana Papan Ouija

Banyak kes berkaitan pembunuhan dikaitkan dengan papan Ouija. Satu kes pada Ogos 1933, Ernest Turley membawa keluarganya berpindah ke kawasan pergunungan Arizona kerana isterinya, Dorothea menghidap asma. Kemudian, Dorothea berlaku curang bila menjalin hubungan dengan Ken Pearce, seorang koboi.  

Dorothea menyusun strategi untuk berkahwin dengan Pearce. Suatu hari, dia mengajak anak perempuannya, Mattie Turley untuk bermain papan Ouija. Papan ini kemudian memberi jawapan supaya suami Dorothea mesti dibunuh dan mengemukakan nama pembunuhnya sebagai M.T.

Dorothea percaya M.T adalah singkatan nama anaknya. Oleh itu pada 18 November 1933, Mattie Turley telah melepaskan dua das tembakan ke arah ayah kandungnya. Ernest bertahan selama beberapa minggu sebelum meninggal dunia pada 26 Disember 1933.

Setelah disoal siasat, Mattie mengaku bahawa tembakan itu bukan satu kemalangan. Sebaliknya, ia adalah arahan ibunya bahawa mesej papan Ouija mesti dipatuhi.

Ramai yang terlalu taksub dengan papan Ouija.

Lain pula kisahnya dengan Bessie Gilmore yang pernah berhubung dengan dunia ghaib melalui Ouija semasa kecil dan merasakan roh jahat yang dipanggilnya itu tidak pernah meninggalkannya sejak hari itu.

Selepas berkahwin, keluarganya selalu berpindah randah di bandar Texas kerana gangguan roh yang dialami Bessie. Suatu malam ketika tidur, Bessie terjaga dan terkejut melihat satu makhluk sedang berbaring di sisinya.

Dalam keadaan cemas, Bessie berlari ke bilik anak-anaknya. Di situ, dia melihat satu makhluk menakutkan sedang merenung ke arah salah seorang anak lelakinya, Gary.

Beberapa tahun kemudian, Gary membesar sebagai lelaki yang perengus dan kasar. Pada 17 Januari 1977, Gary terbunuh dalam serangan skuad menembak selepas melakukan jenayah merompak dan membunuh.

Sebagai ibu, Bessie bersungguh-sungguh mengatakan tragedi itu berlaku kerana roh jahat Ouija yang pernah berdamping dengannya telah berpindah pada Gary hingga menyebabkan nyawa anaknya melayang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This