Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan mahu saman penyebar fitnah. “Saya bayar nafkah anak-anak…berhak tuntut LHDN..”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini, Aidil Zafuan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan yang berbaur fitnah tanpa asas dan bukti kukuh terhadap dirinya seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Aidil yang juga pemain kelab Johor Darul Ta’zim, dia memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba membangkitkan provokasi hingga mencetuskan keraguan terhadap dirinya.

“Sudah cukup saya berdiam diri selama ini, ingin saya nyatakan yang selama ini saya telah memberi nafkah kepada anak-anak pada setiap tahun tanpa gagal seperti yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah.

“Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun, seharusnya pihak di sebelah sana sedia maklum nafkah telah pun diterima pada setiap bulan.

“Disini saya juga ingin memberi amaran kepada pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah, penghinaan dan cacian tanpa asas dan bukti yang kukuh hingga boleh menyebabkan imej, karier dan nama baik keluarga saya tercalar. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan,” katanya menerusi satu kenyataan di Instagram.

Dalam pada itu, Aidil,34, turut memberitahu sebagai seorang rakyat Malaysia, dia juga tidak lupa akan kewajipannya untuk membayar cukai setiap tahun.

“Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya tidak lari daripada menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai pada setiap tahun. Oleh itu, saya berhak untuk menyatakan setiap tanggungan saya kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini termasuklah pembayaran nafkah saya kepada anak-anak.

“Saya difahamkan daripada tuduhan orang ramai yang mengatakan saya tidak pernah memberi nafkah dan pihak di sebelah sana tidak menerangkan perkara yang sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai terhadap saya dan mengatakan saya seorang bapa yang langsung tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aidil turut memaafkan kepada sesiapa yang meninggalkan komen sebelum ini dan menganggap mereka tidak tahu perkara yang sebenar.

Sebelum ini, Rita,44, ada berkongsi resit pembelian buku sekolah anak-anaknya dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya berserta kapsyen “Duit mommy boleh cari, yang penting belajar rajin-rajin. Tak minta balas jasa cuma nak kamu senang bila besar nanti boleh bantu orang yang memerlukan,”tulisnya.

TANGKAP layar komen Rita Rudaini mengenai tuntutan di LHDN

Namun, apa yang mencuri perhatian warga siber di ruangan komen apabila Rita membalas pertanyaan rakan selebriti, Lufya Omar yang meninggalkan komen berbunyi “Pengsan tengok bilnya. Kakak cuba tuntut kerajaan tak?,” katanya.

Rita dilihat membalas komen tersebut dengan mengatakan bekas suaminya itu terlebih dahulu membuat tuntutan sebelum dia berbuat demikian.

“LHDN pun bapa mereka awal-awal letak nama anak dua orang ini. Macam mana itu. Terkejut mommy bila nak buat tuntutan untuk anak dua orang ini.

“Lawak…lawak…, bawa dia nak menjawab di sana nanti,” ujarnya.

RITA dan anak-anak

Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,12 dan Airit Qaqa Arjuna,10.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This