Majlis Presiden PN diberi taklimat darurat, Zahid antara yang hadir

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat yang berlangsung secara dalam talian petang tadi.

Di sebalik pelbagai spekulasi politik mutakhir ini, kesemua 13 Presiden dan wakil parti yang mendukung kerajaan PN hadir pada mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Seramai 12 Presiden dan seorang Timbalan Presiden parti-parti yang mendukung kerajaan Perikatan Nasional hadir mesyuarat petang tadi.

Berkongsi mengenai mesyuarat berkenaan di Facebook miliknya hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau bersyukur mesyuarat kira-kira dua jam itu berlangsung dalam suasana akrab dan muhibah.

Menurut Muhyiddin, mesyuarat berkenaan juga telah menyambut baik taklimat mengenai Proklamasi Darurat yang disampaikan Menteri di Jabatan Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Mesyuarat dalam talian Majlis Presiden Kerajaan PN dipengerusikan Muhyiddin Yassin./ Gambar FB Perdana Menteri

Turut memberi taklimat berkaitan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail, kata Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Pelbagai isu telah dibincangkan dan kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik COVID-19 dan pelan immunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari 2021.

“Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politk dalam Kerajaan PN demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” kata Muhyiddin.

Menurut hantaran berkenaan, Perdana Menteri memaklumkan mesyuarat tersebut dihadiri oleh 12 Presiden-presiden parti dari BERSATU, UMNO, Pas, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki kurung remaja tukar pengakuan tidak bersalah buat amang seksual

SEORANG lelaki yang mengurung dan mengikat remaja lelaki berusia 14 tahun menukar pengakuan kepada tidak bersalah atas pertuduhan melakukan...

More Articles Like This