Berbalah nak jadi PM ketika Covid-19 kerja mengarut – Hadi

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan berbalah siapa seharusnya menjadi Perdana Menteri ketika negara berada darurat dan diancam pandemik Covid-19 semakin perbuatan mengarut.

Presiden Pas itu berkata, persoalan itu tidak sepatutnya dibangkitkan pada masa ini dan ia perlu ditolak kerana mengganggu kerja menghadapi darurat yang memerlukan ia ditangani dengan peraturan tegas.

‘’Perkara yang tak patut kita buat pada masa ini berbalah siapa nak jadi Perdana Menteri, nak lantik siapa Perdana Menteri, suasana begini nak bahas berkenaan itu, nak cukup undi Parlimen, ini semua kerja-kerja mengarut, tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat.

“Ini mesti ditolak, dicegah apa saja langkah-langkah yang boleh mengganggu kerja menghadapi darurat ini mesti ditangani dengan peraturan yang tegas,” tegas beliau.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian dalam Websinar Isu semasa bertajuk ‘’Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan’ anjuran Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di sini hari ini.

Mengenai darurat, Abdul Hadi berkata, kerajaan perlu mengisytiharkan darurat untuk mengerah segala tenaga yang ada bagi mengatasi wabak ini dalam menyelamatkan nyawa manusia daripada menjadi korban.

“Tidak harus melakukan perkara yang memudarat dan memberi mudarat kepada orang lain. Bagaimana nak menilai darurat itu, nak tamatkan darurat, itu boleh dibincang.

Dalam keadaan tergesa-gesa, yang haram boleh jadi halal. Bertindak buat undang-undang apa saja, nak sekat, nak cegah wabak berlaku, serta merta, apa sahaja undang-undang, sama ada tindakan, larangan, cegahan,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This