“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya..” – Janna Nick minta netizen henti kutuk Shuk Sahar.

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KEMELUT rumah tangga yang melanda pelawak dan pengacara Shuk Sahar sehingga ke hari ini masih lagi menjadi isu ‘panas’ dan terus diperkatakan oleh warga maya.

Bukan hanya masyarakat luar sahaja yang melontarkan pelbagai komen tetapi isu tersebut turut menarik perhatian pelakon Janna Nick sebagai seorang rakan selebriti.

Menurut Janna atau Nurul Jannah Muner,25, dia berpendapat apa yang terjadi terhadap Shuk beberapa hari lalu seharusnya orang luar tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi dan kerjaya seseorang artis.

“Bukan nak ‘backup’ Shuk, tapi kita tak tahu perjalanan hidup kita ini macam mana. Ramai lagi orang biasa dekat luar sana yang ada skandal, bezanya mereka bukan artis.

“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya, ini sembang lebih-lebih kejap lagi kena marah. Isu-isu dalam kain ini kita tak tahu siapa betul siapa salah.

“Kena dekat hidung sendiri, baru kita nak sedar,” katanya.

JANNA melontarkan buah fikirannya tentang isu yang terjadi terhadap Shuk

Dalam pada itu, Janna turut meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik dan berhenti melemparkan kutukan kepada Shuk tentang apa yang telah berlaku ketika ini.

“Lagi bagus doakan yang baik-baik. Kita sibuk kutuk sana dan sini pun tak guna.

“Silap-silap, esok mereka suami dan isteri berbaik balik,” jelasnya di dalam Instagram.

Menerusi laporan URTV pada Sabtu lalu, isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangan suaminya buat kali kedua dengan wanita sama yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Shuk dan Rossalennah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain,4, dan Nur Assyifatu Aimi yang berusia setahun.

Malah, perkhidmatan Shuk yang sebelum ini bertugas sebagai penyampai radio Hot FM telah digantung serta-merta oleh pihak pengurusan stesen radio terbabit.

Difahamkan, penggantungan sementara tugas Shuk itu bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman.

SHUK bersama isteri dan anak-anaknya

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This