10 kes bunuh aneh apabila pelaku dihantui roh mangsa yang dibunuhnya

Dari Penulis

6.Danial French

Ini pula kes yang berlaku di Ohio, Amerika. Pada 12 Oktober 2012, Daniel French memasuki kawasan perumahan Mount Pleasant Retirement Village dan menyamar sebagai pekerja penyelenggaraan. Dia masuk ke rumah Barbara Howe,87, kononnya untuk membetulkan sistem penggera kecemasan.

Tujuan Daniel adalah untuk merompak. Namun, dia menghentak leher Barbara sebelum mencekik wanita tua itu sehingga mati. Daniel meletakkan mayat Barbara di dalam kereta wanita itu sendiri dan menabur najis untuk menutup bau mayat itu. Hasil rompakan Daniel tidaklah lumayan, hanya $18 dengan sebentuk cincin permata yang akhirnya dibuang melalui tingkap keretanya.

Mayat Barbara hanya ditemui pada 1 November 2012. Kes tersebut hanya berjaya diselesaikan dua tahun kemudian, setelah polis berjaya menangkap Daniel yang berusia 56 tahun. Dalam pengakuannya, Daniel kesal dengan pembunuhan itu kerana setiap masa, dia diganggu oleh hantu wanita tua yang dibunuhnya.

7.Alphonse Capone

Capone, ketua kumpulan gengster Chicago.

Pada 14 Februari 1929 di Illinois, Amerika Syarikat, satu pembunuhan telah berlaku melibatkan dua kumpulan terbesar di bandar Chicago. Tujuh ahli ‘North Side Gang’ yang diketuai oleh Bugs Moran telah ditembak mati.

Walaupun ketua kumpulan ‘South Side Gang’, Alphonse Capone tidak pernah dihukum atas kesalahan memberi arahan untuk membunuh mereka, tetapi umum mengetahui bahawa dua kumpulan itu sedang bersaing untuk mengetuai Chicago.

Capone telah ditangkap beberapa bulan kemudian atas kesalahan memiliki senjata tersembunyi. Dia dipenjarakan di Philadephia di mana sel penjaranya dihias cantik. Di sinilah Capone mula bertemu hantu James Jimmy Clark, salah seorang mangsa yang terbunuh dalam pertempuran dua kumpulan itu. Jimmy juga merupakan abang ipar kepada Bugs Moran.

Hantu Jimmy akan mengganggu setiap malam sehingga Capone menjerit dan merayu supaya diberi ketenangan. Apabila dibebaskan, Capone masih diekori oleh roh Jimmy sehingga dia mengupah pekerjanya untuk menjaga keselamatannya. Pun begitu, Capone masih terjerit-jerit setiap malam sehingga dia perlahan-lahan mulai hilang kewarasan sebelum mati pada tahun 1947 ketika usianya baru 48 tahun. Dikatakan, roh Jimmy mengikutinya hingga ke perkuburan.

8.Terry Childs

Kes Terry Childs mengambil masa lebih dua dekad untuk diselesaikan. Dia sedang menjalani dua hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan dua pembunuhan ketika membuat pengakuan baru bahawa dia telah membunuh Linda Ann Jozovich pada 7 November 1979.

Ketika memberi keterangan, Terry mengatakan dia keluar dari rumah dalam keadaan marah setelah bertengkar dengan ibunya dan menemui Linda di tempat parkir kereta di Santa Clara, California.

Terry kemudian menculik Linda, membelasah gadis berusia 19 tahun itu di dalam kereta dan membawanya ke pergunungan Santa Cruz. Di sana, penderitaan Linda diakhiri dengan cekikan dan mayat gadis itu ditanam di kaki pergunungan tersebut.

Mayat Linda hanya ditemui oleh pendaki sekitar tahun 1995. Namun pembunuhnya masih tidak dapat dikesan ketika itu sehinggalah Terry Childs yang sudah berusia 52 tahun membuat pengakuan pada tahun 2007 kerana tidak tahan diganggu roh Linda di sel penjaranya.

9.Victor Amewugah

Lain pula kes yang terjadi di Ghana. Victor Amewugah, lelaki berusia 27 tahun asalnya menempah sebuah teksi untuk satu perjalanan pada 7 Mac 2013. Di tengah-tengah perjalanan, Amewugah menembak mati pemandu teksi tersebut. Dia kemudiannya melarikan diri dengan teksi yang sama.

Tidak lama kemudian, bandar Sunyani di Ghana menjadi kecoh dengan penemuan mayat Isaac Owusu, iaitu pemandu teksi tersebut. Namun, Amewugah tidak kisah, sebaliknya dia mengulang jenayah yang sama terhadap seorang lagi pemandu teksi.

Kali ini, ketenangan Amewugah terganggu. Bukan oleh polis yang sedang memburunya, sebaliknya dia diganggu oleh roh pemandu teksi kedua yang dibunuhnya.

Tidur Amewugah tidak lena dan dia kerap ditampar ketika tidur. Keadaan ini berterusan sehingga Amewugah tidak tahan dengan gangguan tersebut dan menceritakan apa yang berlaku kepada seorang rakannya yang kemudian melaporkan kepada pihak polis. Ia membawa kepada penangkapan Amewugah.

10.Fan Man Yee

Pembunuhan Fan Man Yee yang menggemparkan Hong Kong satu ketika dahulu.

Fan Man Yee, gadis malang yang dibunuh tragis yang menggemparkan Hong Kong satu ketika dahulu. Ia bermula pada Mac 1999 apabila sekumpulan gengster menculik Man Yee atas alasan dia berhutang dengan mereka.

Gadis itu dirogol dan diseksa dengan teruk sehingga dia mati. Mayatnya kemudian dikerat dan ada yang direbus. Tengkoraknya pula dijahit ke dalam patung Hello Kitty.

Penemuan sisa mayat gadis ini hanya berjaya dikesan setelah salah seorang teman wanita kepada gengster tersebut datang ke balai polis membuat pengakuan setelah tidak tahan diganggu oleh roh Fan Man Yee yang membawa kepada penangkapan para pelakunya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dulu mewah di Malaysia, kini rendam rumput kering dalam air… Nasib Dara, Amoi dan Kelat mengundang sebak

Ada sesuatu yang meruntun hati apabila melihat seekor gajah berdiri di tepi kolam, perlahan-lahan merendam rumput kering ke dalam...

More Articles Like This