62 sukarelawan di Kedah terima suntikan vaksin COVID-19 hari ini

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Seramai 62 individu dari pelbagai latar belakang menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah hari ini sebagai kumpulan pertama sukarelawan negara untuk kajian klinikal fasa tiga vaksin Covid-19

Menurut Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal hospital itu, Dr S.L. Vijaya Kumar, proses suntikan mengambil masa kurang daripada lima minit tetapi sukarelawan perlu kembali dalam masa dua minggu untuk mendapat suntikan kedua, perjumpaan susulan dalam enam minggu berikutnya dan juga mengadakan temu bual telefon dalam masa setahun.

“Semua sukarelawan berusia lebih 18 tahun, subjek sihat tanpa penyakit serius dan telah menjalani ujian kesihatan termasuk ujian COVID-19 sebelum dibenarkan untuk mengikuti percubaan.

“Sebahagian sukarelawan akan menerima vaksin secara rawak dan selebihnya akan mendapat plasebo.

“Hasil ujian fasa satu dan fasa dua selamat tanpa kesan buruk dan kajian utama kami sekarang adalah untuk kesan buruk seperti alergi atau ruam,” katanya seperti yang dipetik di laman web thestar.com.my.

Dr Vijaya berkata, hospital itu adalah yang pertama di negara ini yang memulakan percubaan itu.

Ujian klinikal akan dilakukan secara berperingkat di lapan hospital lain di bawah Kementerian Kesihatan.

Hospital lain yang terlibat termasuklah Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Seberang Jaya, Hopsital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Umum Sarawak.

Kementerian Kesihatan berkata projek itu merupakan kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan China melalui Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan Cina (IMBCAMS) untuk menghasilkan bukti saintifik dalam penggunaan vaksin SARS-CoV-2. – UTUSANTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This