Gaji pokok Ketua Polis Republik Indonesia RM1,700, elaun RM 13,000

Dari Penulis


JAKARTA – Percaya atau tidak, gaji pokok Ketua Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) hanyalah Rupiah 5.9 juta atau RM 1,700 sebulan?

Mungkin ada yang berkata, biar betul? Tetapi itulah gaji yang diterima oleh Jeneral Listyo Sigit Prabowo apabila beliau mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Presiden Indonesia, Joko Widodo bagi menggantikan Jeneral Idham Azis yang akan bersara Februari ini.

Majlis serah terima jawatan di Markas Besar POLRI menyaksikan Listyo Sigit dinaikkan pangkat daripada Komisioner Jeneral kepada Jeneral sekaligus melayakkan beliau menerima kenaikan gaji sebanyak Rupiah 200,000 (RM57.65). Kadar tukaran matawang sehingga semalam ialah Rupiah 1,000 bersamaan RM0.29 sen.

Ketika berpangkat Komisioner Jeneral gaji pokok yang diterima oleh Listyo Sigit ialah Rupiah 5.7 juta (RM1,600). Terkejut bukan?

Memetik laporan CNN Indonesia, kadar gaji itu tercatat dalam Peraturan Pemerintah (PP) Nombor 17 Tahun 2019 berkaitan Perubahan Kedua Belas atas Peraturan Pemerintah Nombor 29 Tahun 2001 berkaitan Peraturan Gaji Anggota Kepolisian Negara Republik Indonesia, gaji pokok yang diterima seorang Jeneral POLRI adalah Rupiah 5.9 juta sebulan (RM1,700). Bagaimanapun sebagai pucuk pimpinan POLRI beliau akan menerima elaun tugasan mencapai sekitar Rupiah 43.6 juta (RM13,000).

Sementara itu merujuk kepada Peraturan Pemerintah Republik Indonesia Nombor 42 Tahun 2010 berkaitan Hak-hak Anggota Kepolisian Negara Republik Indonesia, pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu mendapat pelbagai kemudahan daripada pemerintah.

Contohnya, dalam Fasal 5 ditetapkan, mereka akan mendapat kemudahan rawatan perubatan, bantuan guaman dan perlindungan keselamatan, cuti, pingat kehormat, perumahan (kaunters, asrama, mess), pengangkutan pasukan, bayaran pencen dan beberapa lagi kemudahan sepanjang hayat mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This