Isteri Nabil berhijab dapat pujian netizen

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Apabila ada artis berhijab atau memakai tudung, sudah tentu para netizen mula memperkatakannya dengan ramai memuji kesediaan mereka mengamalkan cara berpakaian mengikut ajaran Islam tersebut.

Terbaru isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub memuat naik gambar dan videonya yang memakai tudung di laman Instagram peribadinya selepas beberapa hari lepas tular kisah Nabil mengikuti program dakwah jemaah Tabligh yang mendapat pujian netizen.

Selain gambar, melalui video https://www.instagram.com/p/CKqOJiPBY6z/ di Intsgram mereka menunjukkan Zira bertudung ketika mereka menunjukkan barangan Tisha Food di dalam sebuah lori.

Sebelum itu, seorang bekas pelakon Azuan Mazlan turut memuat naikkan gambar Nabil bersama isterinya yang memakai hijab dengan menutup wajah  ketika mengikuti program jemaah masturat (program jemaan Tabligh untuk kaum wanita).

Meluahkan rasa kagum kepada pasangan tersebut yang dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama, Azuan memuji sikap Nabil yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri serta keluarga mendalami ilmu agama walaupun mereka merupakan golongan artis terkenal.

Dalam hantaran itu, Azuan berkata;  “Tanda suami sayangkan keluarga bukan hanya memberi nafkah tetapi membimbing untuk ke syurga.”

“MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah. Tahniah Nabil. Sejuk mata memandang. Bukan senang ya untuk bawa keluarga amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

“Seronok sangat bila Allah SWT pilih mereka ini, untuk buat kerja Agama Allah SWT. Semoga pengorbanan mereka dalam usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam. Allahumma Ameenn,” tulisnya.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This