Gaduh rebut kawasan ala kartel dadah luar negara di Cheras, 10 ditahan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Macam kartel dadah Mexico berebut kawasan tapi realitinya di Batu 9, Cheras.

Demikian reaksi ramai netizen apabila rakaman video aksi dua kumpulan kongsi gelap siap berparang menyerang satu sama lain tular di media sosial hari ini.

Difahamkan, dua kumpulan penjenayah itu ‘berperang’ berebut kawasan jualan dadah di sebuah taman perumahan dekat Batu 9, Cheras, semalam.

Memetik laporan awal, kejadian dipercayai berlaku akibat rebutan kawasan penjualan dadah antara Geng 08 Sg Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang.

Mereka menggunakan parang panjang dan menyerang antara satu sama lain menyebabkan dua daripadanya cedera.

Pergaduhan di Batu 9 Cheras./ Gambar media sosial

Susulan itu, satu Op Cantas dilakukan di mana setakat ini 10 individu sudah ditangkap dan akan direman dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki pada 6.37 petang.

“Terdapat tiga kereta yang ditinggalkan suspek/mangsa di tempat kejadian. Dua orang mangsa kini sedang dirawat di hospital dan dalam keadaan stabil.

“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis. Kesemua suspek akan direman hari ini di Mahkamah Kajang bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilapor Bernama.

Siasatan mendapati selepas kejadian terdapat tiga kereta ditinggalkan suspek atau mangsa di tempat kejadian dengan kesan langgar antara satu sama lain.

Sebuah kenderaan pacuan empat roda digunakan dalam rusuhan berkenaan menyebabkan kersoakan beberapa kereta berhampiran.

Beliau berkata kejadian pergaduhan itu turut tular menerusi sebuah video yang memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang telah mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes, boleh berhubung mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata serta Seksyen 148 kanun sama kerana memiliki senjata dan merusuh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This