Makcik Petir positif Covid-19

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pelakon Noryati Taib,63, atau lebih sinonim dengan panggilan Makcik Petir dalam kalangan peminat drama lakonannya disahkan positif Covid-19.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anak saudaranya yang juga penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin menerusi satu entri di Instagram yang dimuat naik di akaun rasminya.

Dalam hantaran tersebut, Sharulezad ada memuat naik video Noryati di rumahnya sedang menunggu kedatangan ambulans untuk dibawa ke hospital.

“Korang, saya perlukan pertolongan anda. Makcik abang, disahkan positif Covid-19. Video ini di ambil semasa saya tengah tunggu ambulans datang ambil.

“Saudara saya (Ezzah) juga turut disahkan positif Covid-19 cuma keadaan dia tidak seteruk Mak Uda, mungkin faktor usia.

“Jadi, saya merayu pada semua peminat Mak Uda Yati kesayangan ramai agar dapat mendoakan kesembuhan dia dan semoga Allah tenangkan dia. Saya tahu dia tengah gelisah sebab dekat hospital nanti dia seorang sahaja, tiada yang dapat temankan dia.

“Doakan dia pulih dan tabah. Oh ya, doakan sekali agar semua pesakit Covid-19 yang lain sama ada kenal atau tidak diberikan kesembuhan yang sama. Jaga diri okey. Covid-19 sekarang dah berada di sebelah kita,” katanya.

Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary menerusi rangkaian drama lakonannya seperti Sindarela, Syurgamu Ramadan, Tari Tirana, Dotty serta banyak lagi.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This