Tersilap makan, Ramona Zamzam ‘merana’ bibir tiba-tiba bengkak dan mata jadi senget

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Ramona Zamzam berkongsi detik cemas dan memeranjatkan apabila dia terpaksa berdepan dengan kegatalan di bahagian badan selain bibirnya turut mengalami bengkak akibat alahan pada makanan.

Berkongsi kejadian yang menimpa dirinya itu di laman Instagram, Ramona atau Ros Ramona Mohd. Zamzam,31, berkata, dia mulai sedar perubahan pada kulit badanya yang secara tiba-tiba muncul bintik kegatalan sejak beberapa hari lalu.

“Tolong! Siapa yang biasa mengalami alergik terhadap makanan, tolong kongsikan dengan saya pengalaman anda itu.

“Sebenarnya, sudah dua hari saya perasan macam ada bintik bintat (macam kena gigit nyamuk). Ada dua hingga tiga biji sahaja dan tak gatal, jadi saya biarkan sahaja.

“Lepas itu, semalam ia makin teruk, dari bentuk gigit nyamuk dan ia menjadi makin membesar seperti peta dunia,” katanya.

Dedah Ramona lagi, kegatalan tersebut telah menyebabkan dia sukar untuk tidur malam dan telah menyebabkan perubahan pada bibir serta matanya menjadi senget.

“Saya bangun dengan mata senget sebelah dan bibir kelihatan bengkak. Peta dunia penuh satu badan, bayangkan kena gigit nyamuk tetapi dengan bintik-bintik besar di seluruh badan.

“Tapi dekat muka dah jadi bengkak macam dalam gambar ini, macam kena tumbuk,” ujarnya lagi.

RAMONA bersama keluarganya

Bagaimanapun, Ramona sudah pun merujuk masalahnya itu di sebuah klinik pakar kulit bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Seumur hidup, saya makan apa sahaja yang disukai, tak pernah alami alergi, tiba-tiba kali ini terjadi pula (alergi makanan).

“Saya sudah pergi klinik kulit dan dah dapatkan suntikan, ubat makan dan losyen untuk disapu.

“Saya tidak biasa dengan situasi yang berlaku pada diri saya ketika ini. Jika anda sudah biasa dengan situasi ini, tolong kongsikan pengalaman tersebut,” pintanya.

Namun menerusi kemaskini terbaharu di Insta Story, Ramona memberitahu keadaan bibir dan matanya sudah kembali normal.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This