Nazir terkilan tindakan Tommy kaitkan Tun Razak dengan 13 Mei

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi CIMB Bank Group Bhd, Nazir Razak, terkilannya dengan tindakan Tommy Thomas mengaitkan insiden 13 Mei dengan bapanya, Abdul Razak Hussein, dalam memoir bekas Peguam Negara itu.

Dalam coretan melalui media sosialnya, Nazir berkata, hal itu berlaku ketika Tommy adalah kenalan lama keluarganya.

Memetik laporan Malaysiakini, adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata, apa yang dipaparkan Tommy dalam buku My Story: Justice In The Wilderness itu berbentuk sangkaan semata-mata dan tidak disokong dengan bukti.

“Ini sangkaan semata-mata. Lima puluh tahun kemudian dan tanpa sedikit pun bukti yang boleh dipercayai dibawa untuk menyokong pandangan ini,” kata Nazir yang juga anak bongsu Perdana Menteri kedua Malaysia itu.

Tambah beliau, Tommy sekadar bergantung kepada kenyataan bahawa Abdul Razak adalah individu yang paling mendapat faedah daripada rusuhan tersebut dan tergesa-gesa mahu menjadi perdana menteri selepas diberitahu sedang berdepan masalah kesihatan.

“Ini bukanlah ‘bukti’ sama sekali, apa lagi bersifat perundangan,” katanya.

Dalam buku itu kata Nazir, Tommy juga memberitahu dia tertanya-tanya mengapa Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra melantik Abdul Razak sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Sedangkan kata Nazir Abdul Razak dilantik atas kemahuan Tunku sendiri berdasarkan pada ketika itu ia adalah pilihan terbaik.

Tunku juga, kata Nazir, menyokong pelantikan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dr Ismail Abdul Rahman, untuk membantu Abdul Razak.

Walaupun mengakui setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing Nazir berkata, beliau berpendapat perlu bersuara berbeza daripada Tommy kerana peguam terbabit sebelum ini memegang jawatan perundangan tertinggi dalam kerajaan.

“Perlu ditegaskan bahawa peristiwa ini (13 Mei) berlaku lama sebelum dia menjadi peguam dan kakitangan kerajaan pada ketika itu banyak memperkatakan kepemimpinan serta integriti peribadi Tun Razak serta usahanya mengembalikan keamanan dan kestabilan, melancarkan reformasi dan memulihkan Parlimen,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This