Peminat luah pengalaman tragis, Aliff Iskandar simpati. “Mereka jadikan Perit sebagai lagu tema…”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEJAK single perdananya berjudul Perit dilancarkan tiga bulan lalu, bakat penyanyi baharu Aliff Iskandar menerima banyak komen positif daripada pendengar.

Malah, single tersebut turut terpilih menjadi lagu runut bunyi beberapa drama di stesen televisyen, antaranya Perempuan Tanpa Dosa, Angkara Cinta, Bouganvilla dan terbaharu, Rahimah Tanpa Rahim.

Ia sekaligus menjadi nilai tambah buat penyanyi berusia 21 tahun itu mendapat publisiti yang baik daripada penonton drama berkenaan.

“Terima kasih sebab memberikan sokongan kepada lagu ini. Saya tak sangka, sejak dilancarkan tiga bulan yang lalu, Perit benar-benar diterima baik daripada peminat. Orang pun semakin kenal denagn lagu ini,” katanya.

Difahamkan, ada peminat lagu ini turut menjadi sebagai ‘lagu tema’ bagi mereka yang pernah berhadapan dengan putus cinta dan dicurangi dalam perhubungan.

“Apabila lirik tersebut dekat dengan pendengar, mereka mudah menerimanya. Ada yang bagaikan pernah berhadapan dengan situasi tersebut dan tak kurang juga yang meninggalkan pelbagai komen tentang pengalaman mereka dalam video muzik berkenaan.

“Saya baca setiap komen yang mereka titipkan. Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsikan. Mana yang tragis tu, saya bersimpati sangat-sangat,” ujarnya lagi.

SELAIN berbakat dalam nyanyian, Aliff Iskandar turut pandai dalam pengciptaan lagu

Tidak hanya berbakat besar dalam seni suara, tetapi anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini turut mempunyai kelebihan dalam penciptaan lagu.

Kata Aliff, dia kini sudah mempunyai beberapa buah lagu yang sudah disiapkan dalam simpanannya. Lebih istimewa, dia terharu apabila ada pihak yang berminat mahukan karyanya.

“Semua itu bermula bila saya menyanyikan lagu baharu di Instagram Live. Dari situlah, ada beberapa pihak sudah mula merisik untuk mendapatkan karya baharu daripada saya.

“Memang ada beberapa pihak yang sudah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya termasuklah mengasilkan runut bunyi dan sebagainya. Sudah pasti sebagai seorang pencipta baharu, saya amat hargainya.

“Bila ada yang percaya kepada hasil karya sendiri, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ini. Semoga apa yang dirancang akan tertunai sedikit masa lagi,” kata bakal guru yang kini sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur ini lagi.

Menariknya bukan sahaja beberapa syarikat produksi menyatakan hasrat untuk bekerjasama tetapi juga beberapa artis popular turut menyatakan minat mendapatkan karya baru Aliff.

“Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Andai kata semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, saya akan kongsikan kepada semua,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This