Intan Ladyana, Harris Alif nikah Jumaat ini. “Majlis ikut SOP…harap tiada perubahan..doakan kami..”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TINGGAL dua hari sahaja lagi pasangan pelakon Intan Ladyana,38, dan Harris Alif,21, akan dinikahkan sebagai suami dan isteri.

Difahamkan, majlis pernikahan bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat bagi menghormati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan menerusi syarat pernikahan sepanjang musim Covid-19 ini.

“Jika tiada aral saya dan Harris akan bernikah minggu ini. Alhamdulillah persiapan kebanyakkannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang ini contohnya dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari jadi agak sukar untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar. Insya-Allah doakan kami berdua,” katanya.

SELEPAS setahun kenal rapat dengan Harris Alif, Intan bersedia untuk menjadi seorang isteri

Biarpun sibuk dengan hari bahagianya, namun Intan masih sempat meluangkan masa menyantuni komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Inisiatif itu dilakukan Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, bersempena menzahirkan rasa syukur diatas pelantikannya sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.

Artikel berkaitan: Dapat tajaan RM13.5 juta, Harris Alif dan Intan Ladyana bakal nikah 6 Februari depan

INTAN sempat ‘mencuri’ waktu hulur bantuan kepada komuniti ibu tunggal

“Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Siapa sangka dalam kesibukan kerja dan membuat persiapan perkahwinan, saya dilamar pula menjadi duta produk Seri Lady.

“Jadi saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan.

“Inilah yang membuatkan saya dan pihak Seri Lady terpanggil untuk memberi sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih. Mereka ini antara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu saya bersusah-payah untuk membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup. Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu tunggal. Dikesempatan ini saya cuba untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang saya mampu,” katanya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This