RAMSES II : Jasad Firaun paling sempurna, dipelihara untuk iktibar manusia sesudahnya

Dari Penulis

Pengkaji Mumia Ramses II Memeluk Islam

Dalam kejadian yang berlaku lebih 4000 tahun lalu itu, mayat firaun yang tidak tenggelam telah hanyut ke pesisir pantai dan kemudian diambil oleh saki-baki pengikutnya yang masih tinggal. Jasad tersebut kemudiannya di bawa pulang ke Mesir untuk diawet dan dimakamkan bersama firaun-firaun yang terdahulu.

Firuan bersama bala tenteranya ditenggelamkan dalam laut merah.

Ia telah dimakamkan dan tidak terusik selama beberapa ribu tahun. Sehinggalah pada tahun 1817, seorang ahli arkeologi bernama Giovanni Battista Belzoni telah menemui kawasan pemakaman mumia firaun Mesir yang telah pun tertimbun tanah. Makam tersebut merupakan perkuburan pembesar Mesir kuno daripada Dinasti Nineteenth. Salah satu daripada mumia tersebut ialah Ramses II.

Ketika ini di Mesir terdapat satu muzium khas yang menyimpan khazanah firaun yang dikeluarkan daripada piramid dan kuil-kuil Firaun. Dalam muzium tersebut terdapat satu ruang khas iaitu ‘The Royal Mummies’ atau Mumiyat Malakiah. Terdapat sembilan mumia Firaun di tempat tersebut dan di antara sembilan mumia itu, jasad Ramses II adalah yang paling sempurna.

Jasad Ramses II paling sempurna berbanding mumia lain.

Kesemua anggota tubuhnya lengkap. Masih terdapat rerambut di atas kepalanya dan pada jarinya pula terdapat jalur-jalur yang dapat dilihat dengan jelas. Keadaannya sama sekali berbeza dengan mumia lain yang kebanyakannya sudah tidak memiliki fizikal yang sempurna.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Bucaille pada tahun 1975 itu menunjukkan apa yang dijanjikan oleh Allah itu adalah benar. Ditambah pula apabila ahli arkeologi Ron Wyatt telah menemui beberapa tulang manusia serta bangkai roda kereta tempur kuno di dasar Laut Merah pada tahun 1988. Analisis yang dilakukan terhadap penemuan tersebut mendapati tulang-temulang itu berusia sekitar 4000 tahun, iaitu berada pada kurun yang sama tragedi Laut Merah itu berlaku.

Ron Wyatt menemui bukti di Laut Merah yang selari dengan kisah Nabi Musa a.s membelah laut.

Dalam kitab Injil dan Taurat juga turut menceritakan kronologi kisah Firaun yang tenggelam di Laut Merah. Bagaimanapun, kenyataan mengenai jasad Firaun yang terpelihara tidak terdapat di dalam kedua-dua kitab tersebut, sebaliknya dinyatakan di dalam Al-Quran selepas beribu-ribu tahun kisah itu berlaku. Apa yang lebih istimewa, kenyataan tersebut telah dibuktikan sahih melalui kajian moden yang hanya dilakukan pada abad ke-20.

Bukan itu saja, Prof. Dr. Maurice Bucaille yang mengkaji mumia Ramses II akhirnya memeluk Islam setelah mendapat hidayah melalui kajiannya sendiri.

Ketika mengkaji mumia firaun ini, Dr. Bucaille menyangka dia menemui penemuan terbaru, tetapi dia terkejut apabila mengetahui bahawa umat Islam sejak dahulu sudah percaya ada firaun yang lemas di laut, seperti yang dicatatkan dalam al-Quran. Ini membuat beliau berasa hairan bagaimana al-Quran mampu menceritakan peristiwa ribuan tahun lampau, sebelum berjaya ditemui saintis.

Setelah mengetahui tentang sejarah mumia Ramses II ini, beliau mengakui kebenaran Al-Quran, dan mengkaji serta mendalami seluruh isi kandungan kitab suci itu, yang akhirnya menuntun hatinya untuk beriman kepada Allah.

Saintis ini kemudian dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille. Pada tahun 1976, beliau menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘The Bible, the Qur’an and Science: The Holy Scripture Examined in The Light of Modern Knowledge’.

Buku tulisan Dr.Maurice setelah memeluk Islam.

Mumia Ramses II sewaktu ditemui, mulutnya terngaga bagaikan orang yang sedang menahan kesakitan ketika di penghujung ajalnya. Keadaan itu agak berbeza dengan kebanyakan mumia yang ditemui.

Mengikut tafsir kitab al-Kasyaf, pada detik kematian firaun, malaikat Jibril telah mengambil nyawanya dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucap, dan firaun itu mati dengan cara jauh dari rahmat Allah.

Seperti yang tertulis, Allah menunjukkan kepada kita jasad firaun itu untuk dijadikan pedoman buat umat sesudahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Di dasar laut, saya menemui kebesaran Allah’ – Afizah 

"Saya sangka dasar laut hanya dipenuhi ikan dan batu karang. Rupa-rupanya, di situlah saya belajar erti kehidupan." Luah Pengasas Mikraj...

More Articles Like This