Remaja bertuah, terselamat biarpun berpaut pada gear pendaratan jet sejauh 8,046 km

Dari Penulis


AMSTERDAM – Seorang remaja Kenya bertuah kerana masih hidup selepas mengharungi suhu sejuk semasa berpaut pada gear pendaratan sebuah pesawat kargo yang terbang dari London ke Belanda, semalam.

Mail Online melaporkan, kejadian yang baru didedahkan hari ini itu membabitkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditemukan pada sebuah jet yang mendarat di Lapangan Terbang Maastricht.

Remaja itu mengharungi perjalanan sejauh 8,046 kilometer selain merentasi Laut Utara dari Stansted pada ketinggian 5,791 meter.

Remaja itu mengharungi perjalanan sejauh 8,046 kilometer selain merentasi Laut Utara dari Stansted pada ketinggian 5,791 meter

Remaja itu bernasib baik kerana masih hidup ketika banyak orang yang mencuba kaedah sama ditemukan mati dalam keadaan membeku berikutan suhu sejuk di udara Yang mencapai paras sifar ketika jet berada di altitud tinggi.

Dalam beberapa kes pula, terhadap indivdu yang mati dan jatuh ke laut sebagaimana kejadian pada 2019 membabitkan seorang individu yang jatuh dari pesawat Kenya Airways menghala Heathrow dan mayatnya ditemukan di kawasan taman dekat Clapham.

Polis tentera Belanda, Marechaussee dalam ciapannya percaya remaja itu dari Kenya dan kini diberikan rawatan di hospital kerana hipotermia.

Katanya, polis di Limburg sedang menyiasat kejadian itu mungkin ada kaitan dengan Feng pemerdagangan manusia.

“Remaja Kenya berusia 16 tahun itu dalam keadaan baik,” tambahnya.

Pesawat kargo ditumpangi remaja itu dipercayai dari jenis Airbus A330 milik Turkish Airlines.

Portal Luchtvaart Nieuws melaporkan, satu-satunya pesawat kargo dari London di Maastricht semalam adalah pesawat dengan pendaftaran TK6305 dikendalikan pesawat kargo Airbus A330-200 milik Turkish Airlines.

“Dia memang bernasib baik kerana berjaya mengharungi penerbangan itu,” kata jurucakap Lapangan Terbang Maastricht Aachen kepada netherlandsnewslive.

‘Penumpang gelap’ yang menyusul pada gear pendaratan pesawat jarang berlaku Dan kebanyakannya maut semasa di udara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This