Hina kemaluan bekas isteri bau seperti ikan masin, Galih Ginanjar mohon ampun kepada Fairuz dan mahu berubah jadi individu baik

Dari Penulis

AKTOR Indonesia, Galih Ginanjar sebelum ini telah disumbatkan ke penjara selepas menghina kemaluan bekas isterinya, Fairuz A. Rafiq.

Kini selepas bebas dari penjara, Galih akui telah menyesal dan mahu memohon keampunan kepada bekas isterinya selain mahu berubah menjadi individu yang baik.

“Banyak hikmah yang berlaku atas kejadian itu dan buatkan saya lebih mendalami pengetahuan tentang agama Islam.

“Saya mahu berubah dan cuba untuk bersikap lebih dewasa. Saya juga berhasrat mahu meminta maaf dengan bekas isteri selain mahu bertemu dengan anak lelaki, Faaz.

“Saya menyesal. Namun, saya tidak mahu memaksa dia memaafkan saya kerana mungkin masih berkecil hati dan marah dengan tindakan saya,” katanya memetik laporan di Liputan6.

FAIRUZ ketika perbicaraan kes di mahkamah

Pada 13 April lalu, Mahkamah Jakarta Selatan Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan terhadap Galih kerana menghina kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin.

Galih dibebaskan dengan bersyarat pada 30 Disember tahun lalu, kini dalam usaha untuk menurunkan berat badan yang naik mendadak sebelum kembali aktif dalam dunia hiburan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This