KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi jawatankuasa itu, di samping 18 ahli jawatankuasa lain termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini.
Senarai keahlian jawatankuasa ini adalah seperti berikut:
- Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi
- Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara
- Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara
- Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera
- Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan
- Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung
- Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia
- Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya
- Dato’ Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara
- Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis
- Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam
- Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
- Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang
- Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar
- Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort
- Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh
- Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu
- Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban
- Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
– UtusanTV

