Oleh: Kairul Anwar Yusop

CERITA ini memang mengaibkan. Tetapi cerita ini sangat relevan dengan apa yang sedang hangat berlaku sekarang. Ini kerana yang terlibat adalah anak-anak kita yang bakal menjadi  ustaz, al-hafiz, ulama, tok kadi dan mufti yang diharapkan bakal menjaga hal ehwal agama Islam.  

Apa sebenarnya cerita mengaibkan itu?

Begini; Ketika wartawan Mastika, Kairul Anwar Mohd Yusop membuat liputan di Perak, dia telah berjumpa dengan seorang pelajar tahfiz bernama Helmi… dan Helmi memberitahunya, daripada 40 orang pelajar lelaki yang menuntut di Sekolah Mahaad Tahfiz tempat dia belajar, 10 orang daripadanya termasuk seorang ustaz muda, terlibat gay tegar atau homoseksual!

Selepas berhenti di tahfiz berkenan, Helmi belajar di sebuah lagi Maahad Tahfiz di Perak. Di Maahad Tahfiz baru ini pun sama. Pelajar di situ tidak segan silu membuat hubungan seks sesama lelaki dalam tandas atau di bilik asrama.

“Bang, mula-mula saya tak percaya. Tapi bila saya dah kena kat sekolah tahfiz tu baru saya tahu sekolah tahfiz ni memang dah teruk. Saya berhenti tahfiz tu, tapi tahfiz yang satu lagi ini pun teruk… nahas saya dikerjakan…” cerita Helmi.

Helmi, 16,  memasuki tahfiz terkenal itu yang telah melahirkan ramai para tahfiz , guru-guru agama dan  imam pada tahun 2005 ketika berusia 12 tahun.

Helmi memang  bercita-cita menjadi al-Hafiz. Ayahnya pula sudah lama mengharapkan Helmi menjadi seorang ulama, ustaz atau sekurang-kurangnya al-Hafiz.

Pada hari pertama, Helmi tidak diganggu. Tapi, pada hari ketiga di tahfiz berkenaan, Helmi mula didekati beberapa orang tahfiz  senior. Apabila bertemu Helmi, ada yang mengenyit-ngenyitkan mata, menjelir lidah dan memeluk Helmi tanpa sebarang sebab.

Paling ketara, seorang tahfiz senior tahun dua bernama Osman. Setiap kali ada peluang, Helmi dipeluk, diraba dan ada kalanya dipegang bahagian sulit.

Takut diapa-apakan Osman, Helmi terpaksa diamkan.

Hampir setiap hari, selama beberapa bulan, Helmi diperlakukan begitu oleh Osman, tidak kira di mana, di dalam tandas, dalam bilik, asalkan ada peluang, tubuh Helmi digomolnya.

Suatu hari, Osman memaksa Helmi masuk ke dalam tandas. Osman mahu meliwat Helmi. Baru Helmi hendak diliwat oleh Osman, perbuatan itu dilihat oleh seorang ustaz muda yang kebetulan masuk ke dalam tandas berkenaan.

Osman ditangkap dan esoknya pelajar itu terus dibuang dari tahfiz berkenaan. Hari itu, baru Helmi tahu, sebenarnya aduan perbuatan jijik Osman telah banyak dilaporkan tetapi pihak tahfiz tiada bukti kukuh untuk mengambil tindakan.

Selepas Osman dibuang sekolah, Helmi merasakan dirinya lebih selamat. Tetapi, sangkaan Helmi itu meleset kerana masih ramai pelajar senior seperti Osman yang hidup songsang terlibat kegiatan homoseks.

Pernah satu malam, ketika tahif-tahfiz lain duduk di bilik hafalan, Helmi naik ke biliknya hendak mengambil buku. Sebaik melangkah masuk, Helmi ternampak perbuatan dua orang senior tengah berpelukan atas katil tanpa seluar kecuali yang tinggal hanya baju Melayu.

Pada masa yang lain, Helmi kerap terserempak beberapa tahfiz senior berpelukan dalam tandas sedang melakukan seks luar tabii sesama rakan.

Akibat takut dirinya diperlakukan seperti dulu, Helmi rapat dengan ustaz muda yang menangkap Osman. Helmi yakin, jika dirinya rapat dengan ustaz muda berusia 30an itu tiada sesiapa yang berani menganggunya lagi.

Ustaz muda yang masih bujang, melayan Helmi dengan baik. Sekiranya ada masa lapang, Helmi dibawa bersiar-siar, makan di luar dan ada kalanya diberikan duit belanja. Ustaz muda itu menjaga Helmi seperti adiknya sendiri.

Gambar hiasan

Suatu hari, Helmi jatuh sakit. Helmi meracau-racau seperti disampuk sesuatu dan ada kalanya tidak sedarkan diri. Keadaan Helmi itu, sampai ke pengetahuan ustaz muda tersebut.

Petang esoknya, ustaz muda membawa Helmi dengan keretanya untuk berubat dengan seorang bomoh. Namun di pertengahan jalan, ustaz muda itu membatalkan hasratnya.

Sebaliknya, ustaz muda itu membawa Helmi ke rumah sewanya.  Ustaz muda itu memberitahu dia sendiri akan merawat Helmi.

Ustaz muda beritahu, penyakit Helmi itu boleh sembuah jika dirawat mengunakan aura dalaman. Helmi diminta lakukan apa saja yang disuruh ustaz muda.

Petang berkenaan, ustaz muda menyuruh Helmi duduk berlunjur sambil pejamkan matanya. Semasa dirawat itulah ustaz muda memegang tangan Helmi dan…

Apabila membuka mata, Helmi terkejut melihat tangannya memegang anu ustaz muda yang tidak berseluar dan hanya memakai baju.

Nasib Helmi baik, tindakan ustaz muda yang cuba meliwatnya disedari oleh pemilik rumah yang kebetulan datang mengejut petang berkenaan. Berlaku pertengkaran antara ustaz muda dengan pemilik rumah. Petang itu juga, ustaz muda dihalau dari rumah tersebut kerana cuba meliwat pelajar sendiri.

Di tahfiz, peristiwa Helmi cuba diliwat ustaz muda, tidak dihebohkan pada sesiapa. Helmi takut dimarahi oleh ustaz muda itu. Tapi, ustaz muda itu tidak putus asa. Akhirnya setelah beberapa kali mencuba, ustaz muda tersebut berjaya meliwat Helmi.

Pernah beberapa kali, Helmi dipanggil masuk ke dalam bilik ustaz muda. Dalam bilek itu Helmi diliwat tanpa belas kasihan. Kejadian menjijikan itu berlarutan sehingglah Helmi tamat darjah enam di tahfiz berkenaan.

Sejak itu, perwatakan Helmi mula berubah. Dari seorang kanak-kanak yang lasak dan keras bertukar menjadi lemah lembut seperti perempuan. Setelah tamat darjah enam, Helmi pulang ke kampungnya di Batu Gajah, Perak.

Segala kisahnya diliwat oleh kawan dan ustaz diceritakan kepada ibu bapanya. Tetapi Helmi sedih apabila segala cerita itu tidak dipercayai. Ayahnya tetap berkeras mengetakan seorang ustaz dan pelajar agama tidak akan sekali-kali melakukannya perbuatan terkutuk seperti itu. Malah ayahnya tidak yakin ustaz muda di tahfiz berkenaan sanggup meliwat Helmi.

Ayahnya menuduh Helmi mereka-reka cerita. Dia memaksa Helmi supaya meneruskan pengajian tahfiz di maahad itu dalam tingkatan satu. Tapi Helmi enggan, bimbang terus diliwat ustaz muda itu.

Melangkah ke tingkatan satu, Helmi dihantar belajar ke sebuah Maahad Tahfiz lain pula. Seminggu di sekolah tersebut, Helmi berkenalan dengan seorang pelajar bernama Harun.

Sebagai pelajar baru, Harunlah menjadi tempat Helmi mengadu segala masalahnya. Helmi jadikan Harun kawan baiknya. Ke mana Helmi pergi pasti bersama Harun.

Segala kisahnya di tahfiz lama diceritakan kepada Harun dengan harapan Harun dapat menjaganya. Helmi selamat di bawah jagaan Harun, sehinggalah suatu hari tiba-tiba Harun berubah wataknya.

Harun tanpa segan silu, mencium pipi Helmi sambil meluahkan perasaan cintanya dan ingin menjadikan Helmi sebagai teman gaynya. Helmi terkejut mendengar kata-kata Harun.

Harun lantas mengakui dirinya memang seorang gay. Sejak hari itu Helmi dipeluk, dicium dan cuba diliwat oleh Harun beberapa kali. Helmi cuba menolak, tetapi Harun terus memujuknya hinggalah Helmi tewas.

Akibat sering diperlakukan begitu, akhirnya Helmi mula terpengaruh cara hidup gay di tahfiz berkenaan. Sifat buruk yang sangat dibencinya satu ketika dahulu menjadi cara hidup barunya.

Hampir tiga bulan bergelumang hidup songsang bersama Harun di asrama, jiwa Helmi tidak tenteram. Helmi tidak sanggup lagi menanggung dosa dan menjadi mangsa Harun.

Akhirnya, Helmi membuat keputusan berhenti sekolah dan pulang ke kampungnya di Batu Gajah, Perak. Di kampung, Helmi dapat rasakan jiwanya lebih tenang. Helmi mahu memulakan hidup baru. Helmi tidak mahu lagi mengingati kisah jijiknya. Helmi berazam mahu menumpukan pada pelajarannya. Helmi mahu menjadi manusia berguna.