Didakwa hina artis K-Pop, Janna Nick buat laporan polis ‘diserang’ netizen

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan pengacara Janna Nick,26, telah membuat laporan polis terhadap pengguna laman sosial yang sengaja membangkitkan provokasi dan mengaitkan namanya dengan tuduhan fitnah yang tidak berasas.

Dedah pengacara Melodi itu, pihak berkuasa telah mengambil keterangannya dan juga semua bukti tangkap layar (screenshot) untuk diambil tindakan undang-undang atas jenayah siber

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

“Segala tangkap layar telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” katanya.

janna nick report polis
Janna Nick buat laporan polis jenayah siber

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri pelakon Melastik Ke Hatimu menerusi ciapan di Twitternya.

Sebelum ini, nama Janna sekali lagi menjadi bualan ‘panas’ selepas dikatakan telah mencetuskan kemarahan peminat K-Pop apabila dia dan pelakon Sharifah Sakinah didakwa telah mempersenda kematian artis Jonghyun dari kumpulan SHINee menerusi satu video.

Difahamkan video tersebut dimuat naik pada 2018, namun baharu kini ia menjadi tular dan telah membuat ramai peminat bintang kelahiran Korea itu berang.

Malah, Janna turut memuat naik satu video bagi menjelaskan isu tersebut dan memberitahu jika dia tidak berniat untuk bergurau atau mempersenda kematian Jonghyun.

Dalam video tersebut, Janna dilihat memegang sebuah kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan terbabit.

Kontroversi itu tidak berakhir di situ kerana baru-baru ini, pelayar media sosial telah ‘membongkar’ satu lagi perilaku Janna yang dikatakan telah menghina Lisa Blackpink sebagai ‘Lisa Blackpig’ di ruangan komen di Instagram miliknya.

janna nick lisa blackpig
Tangkap layar Janna gelar Lisa Blackpink sebagai Lisa Blackpig

Memang kecoh dan panas! Apa tidaknya, nama Janna telah ‘trending’ di tangga teratas di Twitter semalam. Nampaknya ramai yang tidak puas hati dengan pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner ini.

Menerusi pemerhatian URTV, akaun Twitter dan Instagram Janna sudah tidak aktif lagi. Tidak dapat dipastikan, sama ada ia sengaja di nyahaktif oleh pelakon Rahsia Malam Jumaat itu sendiri atau telah di ‘report’ oleh peminat K-Pop.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This