Pascabayar Digi baharu, serendah RM20 sebulan untuk 6 talian keluarga

0
44

KETIKA orang ramai mencari pelan telefon yang mampu milik dengan sambungan Internet stabil untuk berhubung ketika COVID-19 melanda, DIGI Telecommunications Sdn Bhd melancarkan pelan pascabayar yang ditambah baik bagi menghubungkan lebih ramai rakyat negara ini.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Praveen Rajan berkata portfolio baharu itu menyediakan lebih banyak ciri-ciri pelan yang dipermudah berserta nilai hebat terutamanya dalam mengharungi tempoh mencabar seperti sekarang.

“Digi Postpaid atau pascabayar ini dilengkapi dengan pelan internet yang dipermudah tanpa pembahagian kuota yang rumit, di samping mengekalkan internet berkelajuan tinggi tanpa had untuk membolehkan pelanggan menggunakan internet pada bila-bila masa yang mereka inginkan,” katanya dalam kenyataan akhbar sempena pelancaran pelan tersebut di Kuala Lumpur hari ini

Pelanggan yang ingin menghubungkan seluruh ahli keluarga mereka kini mempunyai pilihan untuk mendaftar sehingga enam talian keluarga tambahan dengan diskaun 50 peratus bagi setiap talian dan serendah RM20 sebulan

Malah, bagi membantu ramai lagi rakyat Malaysia mendapat lebih nilai, portfolio baharu tersebut turut memberi fleksibiliti kepada pelanggan memilih memilih perkhidmatan tambahan percuma untuk memenuhi keperluan mereka seperti rebat di Google Play dan Apple App Store, kuota internet tambahan serta perkhidmatan jalur lebar mudah alih, kata beliau.

“Berita baik untuk pelanggan yang mahu mendapatkan telefon pintar baharu kerana pelan Digi Postpaid baharu ini turut mengurangkan komitmen pelan bulanan pembiayaan telefon daripada RM90 kepada RM60 sebulan,” katanya.

BERITA BERKAITAN Harga ‘durian runtuh’ Samsung Galaxy Z Flip and S20 FE

Beliau juga menyifatkan penambahbaikan pelan Digi itu juga bertepatan pada masanya ketika sebahagian besar daripada kehidupan masa kini dijalankan secara dalam talian akibat COVID-19.

“Apatah lagi ketibaan vaksin di Malaysia membawa sinar harapan yang membolehkan negara memberi fokus bagi pembukaan semula ekonomi domestik secara beransur-ansur dan pemulihan daripada pandemik.

“Sejajar dengan itu, Digi bersedia menjadi lebih daripada sekadar rakan hubungan yang berwibawa untuk semua rakyat Malaysia baik individu, komuniti mahupun perniagaan dengan menghubungkan semula mereka dan keluarga, rakan-rakan serta pelanggan perniagaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini seramai tiga juta rakyat negara ini menggunakan pelan pascabayar Digi.

Menurutnya, portfolio pascabayar baharu itu akan turut turut menyokong usaha Digi menghubungkan lebih ramai isi rumah di Malaysia menerusi sambungan jalur lebar gentian optik dengan menawarkan penjimatan tambahan apabila pelanggan menggabungkan pelan Digi Postpaid serta Digi Fibre dalam satu akaun.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram