KIRA-KIRA 10,000 peminat bola sepak di England akan dibenarkan menonton perlawanan di stadium, apabila kerajaan United Kingdom mula beransur-ansur melonggarkan sekatan peraturan COVID-19.
Perdana Menteri, Boris Johnson pada Isnin menggariskan beberapa peraturan yang diberi kelonggaran, dengan antaranya membenarkan kemasukan penonton ke stadium yang bermakna peminat bola sepak dapat menonton Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum akhir musim.
Kerajaan akan membenarkan sehingga 10,000 penonton – atau kapasiti satu perempat stadium yang mempunyai kurang daripada 40,000 penonton, untuk menonton perlawanan berkuat kuasa dari 17 Mei depan.
BERITA BERKAITAN Liverpool tewas tiga kali berturut-turut, Klopp ‘mangsa terbaru’ Rodgers
Hari terakhir musim EPL dijadualkan berlangsung pada 23 Mei, bermakna ribuan penyokong dapat melihat pasukan mereka beraksi sebelum kempen berakhir.
Terdapat kemungkinan lebih dari 10.000 peminat akan diizinkan memasuki stadium yang lebih besar, dengan kerajaan mengesahkan mereka akan menjalankan beberapa projek perintis untuk melihat adakah perjumpaan dalam acara yang lebih besar dapat dilakukan.
Kerajaan menyatakan mereka akan menggunakan ‘pendekatan pengujian yang ditingkatkan’ dan langkah-langkah lain untuk menjalankan acara dengan jumlah peserta yang lebih besar dan mengurangkan jarak sosial untuk menilai hasilnya.
Projek percubaan itu akan bermula pada bulan April. – Agensi
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

