“Walaupun diancam, saya tidak pernah masuk ‘gear reverse’ – Ayob Khan

Dari Penulis

NAMA Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sememangnya antara nama pegawai polis dikagumi orang ramai kerana ketegasannya menangani jenayah dan menguruskan disiplin anggota serta pegawai di bawahnya.

Ketegasannya dalam menangani penjenayah dan menjadikan anggota serta pegawainya lebih dihormati menyebabkan ada yang berpandangan seolah-olah dia seperti seorang ‘Superman.’

“Saya bukan Superman. Saya pegawai biasa. Tetapi mungkin apa yang membezakan saya ialah saya ada komitmen tinggi,” katanya dalam wawancara dengan Metro Ahad yang disiarkan hari ini..

“Saya sudah tetapkan minda dan saya tegas. Saya takkan terima alasan remeh. Perkara yang saya minta buat bukan perkara mustahil. Bukan saya minta kamu jalan guna kepala. Kamu tulis guna kaki,” tambahnya.

Katanya, tiada perkara hebat seperti Superman yang beliau lakukan di Johor kecuali memastikan ketegasan mengenai integriti, penyeliaan, persekongkolan serta tatatertib yang tidak ada tolak ansur.

Ditanya mengenai ancaman yang diterima kerana ketegasannya, Ayob Khan berkata, memang banyak maklumat atau maklum balas diterimanya mengenai perkara tersebut.

“Malah sejak saya ke Johor, ramai bos lama saya yang mana kenal beri nasihat.

“Datuk hati-hati, datuk keras sangat, kendur sikit.

“Datuk jangan makan kedai sama, macam zaman komunis dahulu pergi balik kerja jangan ikut jalan sama. memang mereka ambil berat,” katanya.

Beliau berkata, malah ada rakan-rakan dalam kalangan tok guru dan ustaz pun memberi nasihat dan doa.

“Mereka bimbang sebab mereka kata saya ni keras. Saya tidak pernah masuk ‘gear reverse’, saya cakap pula secara terbuka, bukan cakap berlapik,” katanya.

Katanya, unsur ancaman itu memang ada tetapi beliau kerja secara ikhlas dan buat kerja betul ikut prosedur operasi standard (SOP).

“Jika ditakdirkan Datuk Ayob Kamu akan mati jam 11.55 ketika ditemubual oleh Metro Ahad kerana sakit jantung, saya akan matilah. Semua orang akan mati.

“Tetapi bila kita akan mati. di mana kita akan mati, cara mana kita akan mati. Itulah yang membezakan,” tambahnya.

BERITA BERKAITAN: “Tiada yang terkecuali, termasuk timbalan saya, ketua jabatan atau balai” – Ayob Khan

Mengenai pandangan beliau nampak garang, Ayob Khan berkata, beliau merupakan insan yang paling mudah didekati, cuma yang tidak kenal dirinya akan kata beliau garang,

“Sampai sekarang ada lagi pegawai yang bertugas di Johor hubungi pembantu saya tanya Datuk Ayob macam mana? Okay ke?,” katanya.

Beliau berkata, apabila beliau dipindahkan ke Johor, ramai yang takut seperti yang diceritakan oleh bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Norazlan Mohd Razali.

“Kata Norazlan, sindiket dengar nama Datuk, sindiket tarik ‘hand brake,'” katanya sambil menambah beliau tidak akan berkompromi soal kerja yang dilakukan secara serius mengikut keperluan.

Menyentuh mengenai tindakannya yang menimbulkan kontroversi, Ayob Khan berkata, beliau dan anggotanya bekerja ikut SOP termasuk dalam kes empat suspek penjenayah maut ditembak polis.

“Dalam kes tembakan itu, saya tidak tahulah pertubuhan bukan kerajaan Elimating Death and Abuse in Custody Together (EDICT) dengar atau baca kenyataan saya keluarkan,” katanya.

Katanya, beliau menjelaskan anggotanya terpaksa melepaskan tembakan selepas mereka (penjenayah) melepaskan tembakan dahulu dan polis juga diserang dengan parang dan kerambit yang menyebabkan kecederaan anggota.

“Dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara, D222 jelas menyatakan ‘polis ada hak mempertahankan diri dalam operasi atau membuat tangkapan jika ada ancaman ke atas nyawa dan mendatangkan kecederaan parah, jadi kita boleh lepaskan tembakan,” katanya. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This