SK Raja Muda disanitasi menjelang sekolah dibuka esok

Dari Penulis

PERSATUAN Ibu bapa dan Guru (PIBG) bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Shah Alam mengadakan program sanitasi Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam, semalam.

Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Nurul Shahrin Haron berkata ia adalah program terbesar melibat keseluruhan bangunan sekolah disanitasi dan disinfeksi.

Sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mensanitasi dan disinfeksi di dalam bilik darjah bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada Isnin ini di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Berikutan sekolah akan dibuka Isnin ini, kami mengambil inisiatif untuk mensanitasi dan disinfeksi bangunan sekolah termasuk bilik darjah, bilik guru, kantin, tandas dan seluruh laluan pejalan kaki, termasuk tangga sekolah,” katanya.

Ia juga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mensanitasi dan disinfeksi sekitar kawasan sekolah bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada Isnin ini di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, di Shah Alam semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurutnya lagi, program itu bertujuan memastikan seluruh kawasan dan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih dan sihat.

Katanya, pihak sekolah mahu ibu bapa yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah selepas seluruh kawasan sekolah disanitasi dan dibersihkan.

Sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mensanitasi dan disinfeksi di dalam bilik darjah bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada Isnin ini di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, di Shah Alam, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kami maklum, mungkin ramai ibu bapa yang agak risau, bila sekolah dibuka nanti, jadi kami PIBG sekolah berganding bahu bersama guru besar, guru-guru serta NGO untuk mensanitasi seluruh kawasan sekolah, agar anak-anak mereka sihat dan terhindar dari penularan wabak Covid-19,” katanya.

Yang turut hadir, Guru Besar, Zuraidah Abd Aziz.

Nurul Shahrin berkata, pihak sekolah bersama PIBG akan memastikan anak-anak mereka sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dengan memeriksa suhu badan sebelum masuk ke sekolah, menggunakan cecair pembasmi kuman dan penjarakan fizikal.

Sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mensanitasi dan disinfeksi sekitar kawasan sekolah bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka pada Isnin ini di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, di Shah Alam semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

BERITA BERKAITAN: Sanitasi sekolah bukan bermotif politik tapi kerja amal – Pemuda UMNO

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This