Ayam sabung ‘bunuh’ tuan ketika pertandingan

Dari Penulis

SEEKOR ayam sabung yang dilengkapi dengan pisau untuk tujuan pertandingan sabung ayam telah menyebabkan tuannya terbunuh ketika berlaku kekecohan apabila ayam tersebut cuba untuk melarikan diri.

Dalam satu kejadian di selatan India tersebut, mangsa mengalami kecederaan di pangkal paha dan meninggal dunia kerana kehilangan banyak darah ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pegawai polis B Jeevan berkata lelaki berkenaan adalah antara 16 individu yang menganjurkan pertandingan sabung ayam di kampung Lothunur, Karimnagar, daerah Telangana dan polis sedang mencari mereka untuk membantu siasatan

Ayam berkenaan ‘ditahan’ sementara di balai polis dan kemudiannya dihantar ke ladang penternakan berhampiran.

Semua individu yang terbabit dalam acara haram itu bakal berdepan tuduhan membunuh, perjudian dan menganjurkan pertandingan sabung ayam.

Pertandingan seumpama itu adalah dilarang, namun masih diadakan di kawasan luar bandar seperti Telangana, Andhra Pradesh, Karnataka dan Odisha.

BERITA BERKAITAN: Ketika ayam berkokok, anjing melolong, maka… berdoalah. Itu petanda ia melihat malaikat dan syaitan

Ayam jantan yang dibiak khas itu akan dilengkapi pisau atau bilah sepanjang 7.5 sentimeter pada kaki mereka.

Ribuan ayam jantan mati setiap tahun akibat pertaruhan itu, namun ia masih menarik minat penggemar acara berkenaan walaupun banyak usaha dilakukan aktivis haiwan untuk mengekang acara seumpama itu terus dianjurkan. – Agensi

angan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This